Jenis Brie

Keju Brie de Melun.

Terdapat pelbagai variasi keju Brie yang asli yang boleh didapati, namun hanya dua jenis keju Brie yang telah mendapat pensijilan AOC.[1]

Keju Brie AOC

Brie de Meaux

Keju yang mempunyai berat 2.5 - 3 kilogram ini pada awalnya dibuat di Meaux, di daerah Brie. [2] [10] Brie de Meaux dibuat daripada susu lembu mentah pada bulan Julai hingga Mac.[10] Tekstur keju ini lembut dengan warna yang berubah menjadi kuning pucat ketika matang.[10] Permukaan keju ini berwarna putih dengan bintik-bintik berwarna jingga.[10]

Brie de Melun

Brie de Melun mempunyai rasa yang lebih tajam dan lebih masin berbanding Brie de Meaux.[2] [1] Dari segi saiz, Brie de Melun mempunyai diameter yang lebih kecil sehingga dikenali sebagai "adik" Brie de Meaux.[1] Berbeza dengan Brie de Meaux, Brie de Melun tidak menggunakan renet untuk melakukan proses pembekuan pada susu melainkan menggunakan bakteria asid laktik dan oleh itu memerlukan waktu yang lebih lama.[2] [1] Masa minimum yang diperlukan untuk proses pembekuan pada Brie de Melun adalah 18 jam, manakala pada Brie de Meaux hanya 30 minit.[1]

Keju Brie lain

Coulommiers

Berasal dari bandar dengan nama yang sama iaitu Coulommiers di Ile-de-France.[1] Keju ini melalui proses pematangan selama dua minggu.[1] Ukuran keju ini sepertiga daripada ukuran keju Brie terbesar dengan rasa yang halus.[1] Disebabkan dihasilkan oleh industri maka keju ini boleh ditemui di mana-mana sahaja dan bila-bila sahaja.[1]

Fougeru

Keju ini berbeza sedikit dengan keju Brie lain kerana pada permukaan keju ini diberi daun paku pakis.[1] Rasa dan kaedah pembuatan keju ini mempunyai persamaan dengan Coulommiers.[1]

Brie Jerman

Brie Jerman merupakan tiruan Brie Perancis.[1] Berat Brie Jerman sekitar 1 hingga 3 kilogram, dimatangkan selama empat minggu maksimum.[1] Keju ini juga ada yang diberi rempah yang dimasukkan ke dalam keju sebelum dimasak.[1]

Brie dari susu kambing

Keju ini tidak menggunakan susu lembu, tetapi menggunakan susu kambing.[1] Warna keju ini lebih cerah dibandingkan dengan keju Brie yang terbuat daripada susu lembu.[1]