Buaya_Siam
Buaya_Siam

Buaya_Siam

Buaya Siam (Crocodylus siamensis) ialah sejenis spesies buaya air tawar dalam keluarga Crocodylidae. Buaya ini secara alami menyebar di Indonesia (Jawa dan Kalimantan Timur), Brunei, Malaysia (Malaysia Timur), Laos, Kemboja, Myanmar, Thailand dan Vietnam. Disebut buaya Siam kerana spesimen jenis ini yang digambarkan dan dijadikan rujukan berasal dari Siam (nama lama untuk Thailand). Buaya ini sekarang terancam habitatnya di wilayah-wilayah sebarannya, bahkan banyak yang telah pupus secara liar.