Bukit_Rambai
Bukit_Rambai

Bukit_Rambai

Bukit Rambai merupakan sebuah kawasan yang terletak di Melaka Tengah, dalam Melaka, iaitu sebuah negeri di Malaysia.Terletak di sebelah barat daya berdasarkan peta Malaysia.Bukit Rambai adalah sebuah pekan di Daerah Melaka Tengah, Melaka, Malaysia.Di Bukit Rambai terdapat sebatang sungai dikenali sebagai sungai Ayer Salak.Perindustrian perabot dan perkayuan merupakan kegiatan perindustrian yang terdapat di Bukit Rambai.Disebabkan oleh bentuk muka bumi kawasan Bukit Rambai yang sesuai iaitu tanah pamah dan tanah beralun menyebabkan sektor perindustrian boleh dibangunkan.Selain daripada sektor perindustrian,terdapat juga sektor pertanian seperti kelapa sawit,getah dan padi.Jalan Bukit Rambai menghubung ke Tanjung MInyak,Sungai Udang,Tangga Batu dan Batang Tiga.Jalan ini dapat memudahkan penduduk yang berada di kawasan ini untuk bergerak ke mana sahaja.Jarak untuk ke Bandar Melaka ialah lebih kurang 20KM dan mengambil masa selama 45 minit. Terdapat kaum Cina,India dan Melayu (paling ramai).Di sini terdapat banyak kaum yang bukan menetap di negara ini tetapi mereka datang ke sini untuk mencari pekerjaan antaranya ialah warganegara Thailand, Kemboja, Bangladesh, Filipina, Indonesia dan Vietnam.