Kontroversi Bung_Mokhtar_Radin

Bung Mokhtar telah menimbul pelbagai kes kontroversi melalui perkataan-perkataannya dalam tempohnya di parlimen.

Penggunaan bahasa kesat

Bung Mokhtar menarik perhatian apabila menggunakan perkataan lucah 4 huruf ketika berbahas dengan Ahli Parlimen DAP dari Bukit Mertajam, Chong Eng di persidangan Parlimen pada tahun 2001.

Bung telah menimbulkan kontroversi lagi pada 7 Ogos 2018, apabila semasa beliau membahas tentang GST dalam parlimen, beliau disinggung perasaan oleh Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin yang bertanya sama ada beliau telah mengunjungi kasino.

"Apa ni? Biadab, ini kurang ajar! Ini tarik balik ini memang biadab, Yang Di-Pertua! Memang kurang ajar! Yang Berhormat tak layak duduk di sini! Samseng, what do you want? You nak gaduh dengan saya?! Any time! F**k you!"

Berikutan kejadian tersebut, Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof telah mengingatkan ahli-ahli parlimen supaya menjaga perkataan-perkataan mereka.

Penggunaan "bocor"

Beliau bersama dengan Mohammad Said bin Yusof (Ahli Parlimen Jasin semasa itu) telah menggemparkan seluruh negara kerana membuat komen seksis atau komen lucah terhadap seorang Ahli Parlimen wanita dari DAP, Fong Po Kuan (Batu Gajah) di Parlimen semasa sidang Parlimen pada tahun 2007. Beliau mengikuti Mohammad Said mengatakan bahawa Fong Po Kuan "bocor" setiap bulan (datang haid), semasa mereka sedang berbahas tentang kebocoran bangunan Parlimen.

"Mana ada bocor? Batu Gajah tiap-tiap bulan pun bocor juga!"

Pada mulanya mereka enggan meminta maaf, tetapi selepas menerima tekanan dari seluruh negara, mereka akhirnya meminta maaf kepada semua wanita selepas bertemu dengan Sharizat binti Abdul Jalil (Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa itu). Namun permintaan maaf mereka ditolak oleh Fong Po Kuan kerana mereka dianggap tidak ikhlas.[2]

Karpal Singh

Beliau sekali lagi menjadi tumpuan ketika hari pertama Parlimen Malaysia ke-12 yang bersidang pada 30 April 2008 selepas dipanggil sebagai 'Bigfoot dari Kinabatangan' oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Karpal Singh. Beliau melawan kata dan menjawab Karpal sebagai 'Big Monkey'.[3]

Ketika persidangan Parlimen Malaysia ke-12 pada bulan Mei, Bung Mokhtar sekali lagi terlibat dengan kontroversi yang melibatkan orang kurang upaya (OKU). Beliau dan Ibrahim Ali meminta Karpal Singh, yang berkerusi roda setelah kemalangan untuk berdiri dan menunjukkan hormat kepada Speaker Dewan.[4]

Isyarat lucah

Bung Mokhtar sekali lagi terlibat dengan kontroversi apabila beliau dikatakan menggunakan tangannya untuk membuat isyarat lucah di persidangan Parlimen pada 8 Julai 2008. Perbuatannya itu telah disaksikan setiap rakyat Malaysia yang menonton siaran langsung persidangan tersebut di televisyen. Walaubagaimanapun, beliau menafikan ia adalah isyarat lucah dan hanya orang yang berfikiran kotor sahaja yang menganggap ia sebagai sedemikian. [5]

Perkahwinan dengan artis Zizie Ezette

Pada 18 Disember 2009, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa beliau berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air Zizie Ezette yang disahkan oleh rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.[6] Walaupun begitu, ia dinafikan oleh ibu Zizie, Khaty Fauziah yang menyatakan bahawa semuanya tidak benar dan sebagai ibu sudah tentu beliau paling sibuk ketika ini menyelenggarakan majlis pernikahan anaknya. Sungguhpun begitu, beliau memang mempunyai hubungan dengan artis tersebut dan Saya hanya dimaklumkan oleh Zizie bahawa Bung Moktar ada melamarnya sebagai isteri tetapi itu adalah di antara mereka berdua. [7]Pada 31 Disember 2009, Utusan Malaysia melaporkan bahawa beliau kini dikatakan sedang berbulan madu di Eropah bersama isterinya, Zizie Izette, dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 Januari 2010.[8] Akhirnya pada 20 April 2010, kedua-duanya mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Disember 2009. Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.[9]

Komen Hitler

Bung menimbulkan kontroversi secara antarabangsa apabila beliau memuji kemenangan negara Jerman yang memenangi mata 7 - 1 terhadap Brazil dalam pertandingan separuh akhir dalam Piala Dunia FIFA 2014 di laman web sosial Twitter.

"WELL DONE. BRAVO. LONG LIVE HITLER..."

Perkataan Bung telah mencetuskan kontroversi dengan duta negara Jerman menyatakan bahawa perkataan-perkataannya "tidak dapat diterima".

Ditahan SPRM bersama dengan Isteri Tersayang

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Difahamkan, siasatan kes rasuah agensi kerajaan tersebut melibatkan nilai hampir RM3 juta.Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam baki ketika dihubungi berkata, Bung Moktar ditahan bersama isteri, Datin Seri Zizie Ezette A. Samad.Zizie ialah seorang pelakon drama terkenal Hero Seorang Cinderella."SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Bung Moktar dan isterinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei 2019."Bung Moktar dan Zizie bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.SPRM telah menahan Bung Moktar pada pukul 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala Zizie ditahan di SPRM Putrajaya pada pukul 11.15 pagi selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Felcra. Kedua-dua mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM," katanya kepada Sinar Harian.Bung Moktar merupakan bekas Pengerusi Felcra sebelum melepaskan jawatan tersebut pada Mei 2018.Felcra ditubuhkan di bawah Akta Memperbadankan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah pada 1 April 1966.- sumber sinar harian online 1 may 2019

Tersebarnya Video Bung Moktar di Kasino

Gambar yang kini Berlegar di media sosial. Gambar dikatakan Bung Mokhtar, ahli parlimen kinabatangan beragama islam sedang asyik atas meja seperti meja kasino. Gambar Bung Mokhtar dikatakan sedang leka bermain judi mula tersebar dari awal pagi tadi.

Gambar dipercayai diambil pada Malam tahun baru ambang 2014 dResort World Filipina.

Bung Mokhtar dan Isteri Berdepan 6 Tuduhan Rasuah

           Dalam pertuduhan pertama, Bung Moktar pada 12 Jun 2015 dituduh menerima suapan berupa wang tunai RM2.2 juta daripada seorang ejen pelaburan Public Mutual Berhad melalui Zizie. Suapan itu dibayar sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II supaya Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta untuk menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad

           Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, Bung Moktar pada 19 Jun 2015 didakwa menerima suapan RM262,500 dan RM337,500 melalui akaun bank yang didaftarkan atas nama Zizie untuk tujuan yang sama. . 

           Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob mengikut subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Anggota parlimen Kinabatangan itu mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.#===            

Rujukan

WikiPedia: Bung_Mokhtar_Radin http://www.indiaenews.com/asia/20080509/116907.htm http://www.malaysiakini.com/news/120116 http://www.malaysiakini.com/news/129730 http://www.taipeitimes.com/News/world/archives/200... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=586... http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/20... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/5/... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...