Burhanuddin_Rabbani
Burhanuddin_Rabbani

Burhanuddin_Rabbani

Prof. Burhanuddin Rabbani (Bahasa Parsi: برهان الدين رباني‎ - Burhânuddîn Rabbânî; dilahirkan pada 1940 di Badakhshan) adalah Presiden Afghanistan (1992-1996) dan sekali lagi pada 2001. Pada 20 September 2011, beliau dibunuh oleh Esmatullah, pengebom berani yang masuk ke rumahnya di Kabul.[1]Beliau merupakan pemimpin Jamiat-e Islami Afghanistan, dan juga pemimpin politik Perikatan Utara (Barisan Islam Bersatu untuk Keselamatan Afghanistan). Rabbani berasal dari suku Tajik.Pada tahun 1992, beliau menjadi ketua Jamiat-e Islami dan kemudian menjadi Presiden Afghanistan hingga akhirnya dijatuhkan dan dihalau keluar oleh puak Taliban pada tahun 1996. Setelah itu beliau berpindah ke Faizabad yang terletak di bahagian utara, untuk memimpin kelompok anti-Taliban dengan bantuan dan sokongan kuat dari Iran dan Rusia. Beliau menjadi ketua nominal Pakatan Utara, yang cuba menguasai semula Kabul dan selepas kejatuhan Taliban pada tahun 2001.Beliau kembali diangkat semula sebagai Presiden oleh PBB setelah jatuhnya Taliban pada 2001. Namun setelah itu pada akhir 2001 beliau telah menyerahkan jawatannya kepada Hamid Karzai. Sekarang beliau merupakan ketua Barisan Kebangsaan Bersatu yang merupakan pembangkang politik terbesar terhadap kerajaan Hamid Karzai.