Pendidikan Bursa

Universiti Uludağ

Bursa mempunyai dua buah universiti awam dan sebuah universiti swasta. Universiti Uludağ yang ditubuhkan pada tahun 1975, merupakan institusi pendidikan tinggi tertua di kota ini. Ia mulanya dikenali sebagai Universiti Bursa sebelum dinamakan semula sebagai Universiti Uludağ pada tahun 1982. Universiti ini mempunyai seramai 47,000 pelajar dan merupakan salah sebuah universiti terbesar di Turki. Universiti Teknikal Bursa[15] adalah universiti awam kedua di Bursa dan ditubuhkan pada tahun 2010, serta memulakan sesi akademik bermula pada tahun akademik 2011–2012.

Universiti swasta pertama di Bursa adalah Universiti Orhangazi Bursa,[16] yang mana memulakan tahun akademik pada 2012–2013. Universiti Perdagangan Istanbul mula membuka program siswazah di kota ini pada tahun 2013.[17]