Bursa
Bursa

Bursa

Bursa (sebutan Turki: [ˈbuɾsa]) adalah sebuah kota yang terletak di barat laut Anatolia, di dalam kawasan Marmara, Turki. Ia merupakan bandar ke-4 paling tinggi populasi penduduk dan salah sebuah pusat metropolitan dan industri di Turki. Kota ini juga merupakan pusat pentadbiran bagi wilayah Bursa.Bursa merupakan ibu kota pertama empayar Uthmaniyyah antara tahun 1335 sehingga 1413. Kota ini dirujuk sebagai [Hüdavendigar] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (makna "hadiah dari Tuhan") semasa zaman Uthmaniyyah, sementara gelaran sekarang iaitu [Yeşil Bursa] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (makna "Bursa Hijau") merujuk akan taman-taman dan kebun-kebun yang melata di seluruh kotanya, selain hutan-hutan yang mengelilinginya. Resort ski di Gunung Uludağ gah berdiri. Gunung ini juga dikenali sebagai Olympus Mysia oleh orang-orang Rom yang tinggal di sana. Bursa memiliki pembangunan bandar yang seimbang dengan di kelilingi oleh dataran yang subur. Makam-makam para sultan Uthmaniyyah awal juga terletak di Bursa. Antara mercu tanda kota yang penting termasuk pelbagai istana yang dibina semasa zaman Uthmaniyyah. Bursa juga mempunyai mandian wap dan beberapa muzium termasuk sebuah muzium arkeologi.Watak-watak wayang kulit seperti Karagöz dan Hacivat adalah berdasarkan tokoh-tokoh bersejarah yang tinggal dan meninggal dunia di Bursa. Bursa juga merupakan asal-usul bagi beberapa makanan Turki yang terkenal seperti kebab İskender, yang dimaniskan menggunakan halwa marron, pic dan manisan Turki. Bursa juga menempatkan Universiti Uludağ, dan penduduknya mendakwa ia adalah salah sebuah universiti terkenal di Turki. Bandar bersejarah di İznik (Nicaea), Mudanya dan Zeytinbağı juga terletak di wilayah Bursa.Berdasarkan Institut Statistik Turki, setakat tahun 2011 bandar Bursa memiliki penduduk seramai 1,704,441 orang dan penduduk di dalam kawasan perbandaran metropolitan adalah 1,948,744 orang.[1][2]

Bursa

• Kota 1,036 km2 (400 batu persegi)
• Musim panas (DST) UTC+3 (EEST)
• Kepadatan 1,508.52/km2 (3,907.0/batu persegi)
• Metro 1,948,744
Plat lesen 16
Zon waktu UTC+2 (EET)
• Perbandaran Metropolitan 1,704,441
Wilayah Bursa
Kawasan Marmara
Kod kawasan (+90) 224
Didiami 202 SM
• Datuk Bandar Recep Altepe (AKP)
Laman web www.bursa.bel.tr
Poskod
16000
Negara Turki
Ketinggian 100 m (300 ft)