CERN
CERN

CERN

Organisasi Eropah untuk Penyelidikan Nuklear (Bahasa Perancis: Organisation Européenne pour la Recherche Nucléaire, Bahasa Inggeris: European Organization for Nuclear Research), dikenali sebagai CERN (lihat Penamaan), disebut /ˈsɝːn/ (IPA: [sɛʀn] dalam bahasa Perancis), merupakan makmal fizik zarah yang terbesar di dunia, terletak di kawasan barat-laut pinggiran Geneva di sempadan Perancis-Switzerland, yang diasaskan pada tahun 1954.[1] Pertubuhan ini mempunyai dua puluh negara ahli, dan pada masakini ia merupakan tempat kerja untuk 2600 pekerja sepenuh masa, ditambah lagi dengan 7931 ahli sains dan jurutera (yang mewakili 500 universiti dan 80 warganegara).Funsi utama CERN ialah untuk menyediakan pemecut zarah dan infrastruktur lain yang diperlukan untuk penyelidikan fizik tenaga-tinggi.