Cebú (
bahasa Cebu: Sugbo) ialah satu daripada wilayah di negara
Filipina. Cedbu terletak di timur pulau
Negros, pulau
Leyte di selatan dan pulau
Bohol di tenggara.Cebú terletak di garisan
latitud 9°25'U dan 11°15'U dan di garisan
longitud 123°13'T dan 124°5'T, di tengah-tengah kepulauan Filipina.Pulau Cebú adalah sejalur tanah pulau 225 km dan utara ke selatan dan ada 167 pulau-pulau kecil . Antaranya termasuklah Pulau
Mactan, Pulau
Bantayan, Pulau
Malapascua, pulau
Olango dan pulau
Camotes. Ratusan pulau lagi tidak berpenghuni kecuali untuk tujuan pelancongan dan pengembaraan.Gunung di pulau Cebú ada yang sehingga 1000 m dan dilitupi hutan tropika.Antara bandar utama ialah
Bogo,
San Remigio,
Medellin dan
Daanbantayan yang terletak di selatan.Ibu negerinya ialah kota Cebú, sebuah bandar lama yang membentuk kawasan metropolitan Cebú. Ada 6 bandar yang berdekatan iaitu bandar
Carcar ,
Danao ,
Lapu-Lapu ,
Mandaue ,
Naga , dan bandar
Talisay.Ada Lapangan Terbang Antarabangsa Mactán-Cebú yang terletak di pulau Mactán.Cebú merupakan salah sebuah pulau yang maju di Filipina. Ia menjadi pusat perdagangan, perniagaan, pendidikan dan perindustrian. Ada hotel 5 bintang, kasino, pantai putih bersih, padang golf kelas dunia, pusat konvensyen dan pasar raya hyper.Majalah pelancongan meletakkan Cebú sebagai pulau ke-8 terbaik di Asia-Pasifik pada 2005 dan ke-7 pada tahun 2004.