Sejarah Cebu

Magellan pernah ke Melaka bersama angkatan tentera Portugis menyerang Melaka pada 1511 telah membuat pelayaran ke arah barat pula kerana keyakinan bumi ini bulat. Angkatan kapal 5 buah bersama 250 kelasi meninggalkan Pelabuhan Sanlúcar de Barrameda di Sepanyol melalui benua Amerika Latin dan Lautan Pasifik - tak pernah dibuat orang sebelum ini.

Pada 17 Mac 1521 sampai di kepulauan Filipina . Raja Kolambu di Mazzaua di Mindanao telah menunjukkan arah pulau Cebú, di mana Magellan boleh berdagang dan boleh dapat tanah.

Oleh itu Magellan menuju ke pulau Cebú dan dengan bantuan jurubahasa Enrique Melaka telah berbaik-baik dengan Raja Humabon Cebú . Raja Humabon dipujuk supaya taat setia kepada Maharaja Charles V Sepanyol. Raja Humabon , isteri dan serta seluruh 800 penduduk di situ setuju dibaptis dan memeluk agama Kristian. Raja Humabon telah dianugerah gelaran Raja Carlos dan Permaisuri Juana.Satu Santo Nino dianugerahkan kepada raja Cebú itu.

Sebagai balasan Magellan hendaklah menyerang pemberontak Islam yang bernama Lapu-Lapu di pulau Mactan. Maka pada 27 April Peperangan Mactan berlaku di mana Magellan telah terbunuh. Juan Sebastian Elcano mengambil alih tugas Magellan dan belayar kembali ke Sepanyol bersama 18 yang terselamat.