Cendawan_butang
Cendawan_butang

Cendawan_butang

Agaricus bisporus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan butang, cendawan meja atau cendawan tani merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan tumbuh semula jadinya di kawasan padang rumput dan ladang-ladang selepas hujan dari lewat musim bunga hingga musim luruh di seluruh dunia. Walaupun spesies ini hanya terdapat di sekitar Eropah dan Amerika Utara tetapi populasi spesies ini naik mendadak dan merupakan salah satu cendawan yang paling banyak ditanam secara komersial di seluruh dunia.Agaricus bisporus yang tumbuh liar secara semula jadi mempunyai pileus keperang-perangan serta insang yang berwarna perang gelap. Bagaimanapun variasi yang lebih hampir dengannya ialah genus Agaricus putih dengan pileus, batang dan isi masing-masing berwarna putih serta insang yang berwarna perang.Sebahagian besar kedai runcit di negara barat menjual cendawan ini dalam bentuk tin dan penyediaan secara segar. Insang cendawan ini sering dibuang ketika penyediaan. Cendawan butang yang telah dimasak biasanya ditabur di atas piza dan kaserol, secara mentah yang dimakan bersama salad dan sebagainya. Seorang pakar mikologi bernama Paul Stamets berasa bimbang kerana kemungkinan cendawan ini mengandungi kuantiti kecil kimia agaritin yang berbahaya iaitu kaseinogen yang biasa didapati pada kulat tetapi tidak dikenalpasti berapa banyak paras kimia tersebut untuk menyebabkan keracunan kepada pengguna dan menjadi isu hangat pada masa ini.[1]