Kelahiran Charles_Babbage

On the economy of machinery and manufactures, 1835

Charles Babbage dilahirkan di England, kemungkinan besar di 44 Crosby Row, Jalan Walworth, London. Sebuah plak biru di persimpangan Jalan Larcom dan Jalan Walworth memperingati peristiwa ini. Terdapat percanggahan mengenai tarikh lahir Babbage yang diterbitkan dalam obituari The Times sebagai 26 Disember 1792. Bagaimanapun, beberapa hari kemudiann, anak saudara Babbage menulis dan mengatakan bahawa Babbage dilahirkan tepat setahun lebih awal, iaitu pada 1791. Daftar kariah Newington St. Mary, London, menunjukkan bahawa Babbage dibaptiskan pada 6 Januari 1792 .

Bapa Charles, Benjamin Babbage, adalah seorang pekongsi perbankan Praeds yang memiliki Estet Bitton di Teignmouth. Ibunya Betsy Plumleigh Babbage née Teape. Pada 1808, keluarga Babbage berpindah ke rumah lama Rowdens di Teignmouth Timur, dan Benjamin Babbage menjadi seorang warden di Gereja St. Michael yang berhampiran.

Pendidikan

Wang bapanya membenarkan Charles menerima ajaran daripada beberapa sekolah dan guru peribadi sewaktu pendidikan sekolah rendahnya. Ketika kira-kira usia lapan tahun, Charles dihantar ke sebuah sekolah desa untuk pulih daripada demam yang boleh membawa maut. Keluarga Charles memutuskan bahawa "otaknya harus tidak terlalu memeras" dan Charles percaya bahawa "keadaan duduk-duduk sahaja ini mungkin mengakibatkan sesetengah pemikiran kebudak-budakanku". Pada suatu tempoh yang singkat, beliau menghadiri Sekolah Menengah King Edward VI di Totnes, Devon Selatan, tetapi kesihatan memaksanya diajar oleh guru-guru peribadi buat sementara waktu. Babbage kemudian menyertai Holmwood, sebuah akademi yang mempunyai 30 orang pelajar di Jalan Baker, Enfield, Middlesex di bawah Reverend Stephen Freeman. Akademi ini mempunyai sebuah perpustakaan yang baik yang menyebabkan Babbage gemar akan matematik. Selepas meninggalkan akademi tersebut, beliau belajar dengan dua orang guru peribadi lagi. Tentang guru peribadinya yang pertama, seorang paderi berhampiran Cambridge, Charles berkata, "Aku berasa aku tidak menerima kesemua manfaat yang mungkin dapat aku peroleh." Yang kedua adalah seorang guru peribadi Oxford yang Charles mempelajari pengajian klasik yang mencukupi untuk beliau diterima oleh Universiti Cambridge.

Babbage tiba di Kolej Trinity, Cambridge pada Oktober 1810. Dia banyak membaca tentang karya-karya Leibniz, Lagrange, Simpson, serta Lacroix, dan berasa terlalu kecewa terhadap matematik yang diajar di Cambridge. Sebagai gerak balas, Charles bersama-sama dengan John Herschel, George Peacock, serta beberapa kawan yang lain, mengasaskan Persatuan Analisis.

Pada tahun 1812, Babbage berpindah ke Peterhouse, Cambridge. Beliau menjadi ahli matematik yang paling pandai di Peterhouse, tetapi gagal memperoleh ijazah dengan kepujian. Sebaliknya, beliau menerima ijazah kehormat tanpa peperiksaan pada tahun 1814.

Perkahwinan

Pada 25 Julai 1814, , Babbage mengahwini Georgiana Whitmore di Gereja St. Michael yang terletak di Teignmouth, Devon. Bapa Charles tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut. Pasangan ini tinggal di 5 Jalan Devonshire, Portland Place, London.

Anak

Charles dan Georgiana dikurniakan dengan lapan orang anak , tetapi hanya tiga hidup sehingga mencapai kedewasaan. Georgiana meninggal dunia di Worcester pada 1 September 1827 – selain daripada isterinya, bapa dan sekurang-kurang dua orang anak lelakinya meninggal dunia pada tahun 1827.

  1. Benjamin Herschel Babbage (lahir 6 Ogos 1815; maut pada 20 Oktober 1878 di Australia)
  2. Charles Whitmore Babbage (lahir 22 Januari 1817; maut pada 1827)
  3. Georgiana Whitmore Babbage (lahir 17 Julai 1818; maut ketika masih muda lagi)
  4. Edward Stewart Babbage (lahir 15 Disember 1819; maut pada 26 November 1821)
  5. Francis Moore Babbage (lahir 1 Mei 1821; maut ketika masih muda lagi)
  6. Dugald Bromheald Babbage (lahir 13 Mac 1823; maut pada 23 Ogos 1901 di Southampton)
  7. Henry Prevost Babbage (lahir 16 September 1824; maut pada 29 Januari 1918 di Cheltenham)
  8. Alexander Forbes Babbage (lahir 1827; maut pada 1827).

Rujukan

WikiPedia: Charles_Babbage http://www.satyam.com.ar/Babbage/en/index.html http://socserv2.socsci.mcmaster.ca/~econ/ugcm/3ll3... http://socserv2.socsci.mcmaster.ca/~econ/ugcm/3ll3... http://web.uvic.ca/~rutherfo/mr_grvs.html http://cantic.bnc.cat/registres/CUCId/a10876121 http://djm.cc/library/Passages_Life_of_a_Philosoph... http://babbage.bravehost.com/ http://www.smartcomputing.com/editorial/dictionary... http://www.tlc-systems.com/babbage.htm http://adsabs.harvard.edu//full/seri/AN.../0002//0...