Keputeraan Charles_III

Putera Charles diputerakan pada 14 November, 1948 di Istana Buckingham, London. Paduka ayahandanya Putera Philip, Duke Edinburgh, paduka anakanda sulung kepada Putera Andrew dari Yunani dan Denmark dan Puteri Alice dari Battenberg. Pada waktu keputeraannya, paduka bondanya Puteri Elizabeth, Duchess Edinburgh, paduka puteri sulung kepada Raja George VI dan Elizabeth Bowes-Lyon. Paduka bondanya ialah orang yang pertama dalam susunan untuk mewarisi takhta Inggeris pada waktu keputeraan Charles. Charles dibaptiskan di dalam Music Room di Istana Buckingham pada 15 Disember 1948 oleh Ketua Biskop Canterbury, Dr Geoffrey Fisher. Para orang tua baptisnya adalah ayahandanya sendiri, Ratu Mary, Puteri Margaret, Puteri Victoria dari Hesse dan Rhine, David Bowes-Lyon, Lady Brabourne, Raja Haakon VII dari Norway dan Putera George I dari Yunani.

Di bawah surat kurnia yang dikeluarkan oleh moyanganda Charles, Raja George V, gelaran "Putera" dan gaya "His Royal Highness" (Yang Teramat Mulia) hanya dikurniakan kepada putera dan cucunda raja sebelah ayahanda dan untuk anakanda sulung Putera Wales. Disebabkan Charles merupakan cucu raja sebelah bonda, baginda seharusnya mewarisi gelaran "Duke Edinburgh" dari ayahandanya dan digayakan "Earl dari Merioneth". Bagaimanapun, gelaran "Putera" dan "Puteri" dengan gaya "HRH" kini diberikan kepada semua anakanda Ratu Elizabeth dengan surat kurnia baru yang dikurniakan oleh George VI. Dengan cara ini anakanda kepada waris takhta di sebelah perempuan mempunyai status diraja. Oleh itu sejak keputeraan, Charles dikenali sebagai Yang Teramat Mulia Putera Charles dari Edinburgh.