Chile
Chile

Chile

Chile [ci-lé] (nama rasmi: Republik Chile, Bahasa Sepanyol:República de Chile) ialah negara terbesar di Amerika Selatan dan ibu negaranya ialah bandar raya Santiago.Gurun Atacama yang gersang di utara Chile kaya dengan galian, terutamanya tembaga. Kawasan di pusat yang agak kecil menonjol dari segi penduduk dan sumber pertanian, dan merupakan pusat kebudayaan dan politik Chile yang berkembang pada abad ke-19 apabila ia menggabungkan kawasan utara dan selatan. Selatan Chile kaya dengan hutan dan tanah ragut, dan mempunyai deretan gunung berapi dan tasik. Pantai selatan adalah jaringan fiord, teluk, terusan, semenanjung, dan pulau-pulau.Sepanyol menawan dan menjajah Chile pada pertengahan abad ke-16, menggantikan pemeritahan Inca di utara dan tengah Chile, tetapi gagal untuk menakluk puak-puak Mapuche yang bebas yang terletak selatan tengah Chile. Selepas mengisytiharkan kemerdekaan daripada Sepanyol pada tahun 1818, Chile muncul pada tahun 1830-an sebagai suatu republik autokratik yang agak stabil. Pada abad ke-19, Chile menyaksikan pertumbuhan ekonomi dan wilayah yang pesat, menamatkan penentangan Mapuche pada 1880-an dan memperolehi wilayah utaranya yang sekarang dalam Perang Pasifik selepas menewaskan Peru dan Bolivia. Dalam tahun 1960-an dan 1970-an, negara ini mengalami suatu polarisasi dan kegawatan politik yang teruk. Perkembangan ini memuncak dengan suatu rampasan kuasa yang menggulingkan Salvador Allende dari kerajaan berhaluan kiri yang dipilih secara demokrasi dan memulakan pemerintahan diktator tentera selama 16 tahun oleh sayap kanan yang mengakibatkan lebih 3,000 orang dibunuh atau hilang. Rejim pimpinan Augusto Pinochet ini berakhir pada tahun 1990 selepas beliau tewas dalam suatu referendum pada tahun 1988 dan pemerintahan beliau telah digantikan oleh gabungan sayap tengah-kiri yang memerintah melalui empat presiden sehingga tahun 2010.

Chile

Zon masa UTC−3 dan −5 (CLT dan EASTc)
• Bancian 2012 16,341,929[3]
Pemerintahan Republik berpelembagaan berpresiden tunggal
• Diistiharkan 12 Februari 1818
• Dewan Rakyat Dewan Timbalan
• Diakui 25 April 1844
Perundangan Kongres Negara
• Kepadatan 24/km2 (62.2/sq mi) (ke-194)
KDNK (PPP) Anggaran 2016 
Mata wang Peso (CLP)
Ibu kota Santiagoa
33°26′S 70°40′W / 33.433°S 70.667°W / -33.433; -70.667
• Kerajaan Junta Pertama 18 September 1810
• Dewan Pertuanan Senat
Gini (2011)  50.3[5]
tinggi
Bandar terbesar ibu negara
• Per kapita $16,573[4] (ke-49)
• Anggaran 2015 18,006,407[2] (ke-62)
Bahagian memandu kanan
Kod panggilan +56
Bahasa kebangsaan Bahasa Sepanyol
• Total $457.534 bilion[4] (ke-42)
HDI (2014) ▲ 0.832[6]
sangat tinggi · ke-42
• Perlembagaan kini 11 September 1980 (dipinda pada tahun 1989 dan 2005)
KDNK (nominal) Anggaran 2016 
• Jumlah $297.714 bilion[4] (ke-38)
• Air (%) 1.07b
Internet TLD .cl
• Presiden Sebastián Piñera

Rujukan

WikiPedia: Chile http://www.armada.cl/p4_ingles/site/artic/20050707... http://www.armada.cl/p4_ingles/site/artic/20050719... http://www.armada.cl/p4_ingles/site/artic/20050719... http://www.bcentral.cl/eng/banknotes-coins/coins/m... http://www.carabineros.cl/sitioweb/web/verSeccion.... http://www.gobiernodechile.cl/ http://www.ine.cl/canales/sala_prensa/noticias/not... http://www.thisischile.cl/ http://www.emol.com/noticias/nacional/2014/02/26/6... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?...