Kontroversi Chua_Soi_Lek

Isu Skandal Seks DVD Chua Soi Lek

Pada 1 Januari, 2008 di pejabat MCA Labis, Dr. Chua Soi Lek mengaku bahawa beliau merupakan lelaki dalam DVD lucah yang diedarkan di Johor, Malaysia. Wanita berkenaan merupakan kawan peribadinya - penjual bunga. Beliau tidak merakam sendiri aksi tersebut tetapi pihak lain menggunakan televisyen litar tertutup. Berita itu merupakan satu kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia.(CCTV).[6]

Beliau telah memberi penjelasan kepada Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya pada 31 Disember 2007. Beliau turut menemui Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Presiden MCA, Ong Ka Ting. Akibat kontroversi tersebut, Dr. Chua terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Negeri Johor, Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat serta Ahli Parlimen bagi Labis pada 1 Januari 2008.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris menggesa sesiapa yang memiliki DVD lucah tersebut menyerahkannya kepada pihak polis. Sesiapa yang memiliki DVD itu ataupun membuat salinan serta mengedarnya boleh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Gangguan semasa berucap

Pada 11 Mei 2010, ketika Chua Soi Lek berucap di dewan sekolah rendah Cina di Machap Baru, Melaka, seorang lelaki telah naik ke pentas berhampiran dan membawa sepanduk bertulis "Presiden, jika anda sayangkan MCA, tolong letak jawatan.” Dia ialah setiausaha pemuda MCA bahagian Alor Gajah, Chai Ming Swee. Akibat tindakan biadap itu, baju Chai Ming Swee koyak, cermin matanya pecah dan keretanya kemek dibaling dengan topi keledar.[7]

Negara Islam tidak progresif

Pada 6 Ogos 2010, Chua membidas pemimpin UMNO dan PAS yang keterlaluan menggunakan agama Islam bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Sumber rujukan beliau ialah buku karya Syed Akbar Ali, Malaysia and the Club of Doom. 57 negara Islam di dunia kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama, pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global. [8][9] 1.4 bilion penduduk Islam hanya menyumbang 5 % pengeluaran dunia, malah lebih rendah dari Jepun yang mempunyai penduduk 135 juta. 800 juta tidak menerima pendidikan asas terutama wanita, buta huruf dan daif/miskin.

Timbalan pengerusi UMNO Selangor Datuk Noh Omar menggesa supaya kerajaan Pakatan Rakyat menutup premis hiburan di Selangor sepanjang bulan Ramadan. Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula menggesa kerajaan BN di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang menutup pusat hiburan dan judi Genting Highlands.[10]

Saman Kelantan kerana haramkan judi

Pada 28 Mac 2011, Dr Chua Soi Lek mengarahkan MCA Kelantan menyaman kerajaan Kelantan kerana mengharamkan judi. Puncanya, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyerbu tiga buah kedai yang menjual tiket judi / loteri 'big sweep' yang mendapat bantahan MCA dan DAP. Tindakan kerajaan Kelantan ini tidak bertentangan Kerajaan Persekutuan Malaysia.[11]

Hudud menjatuhkan ekonomi Malaysia

Chua Soi Lek sekali lagi menuduh undang-undang syariah Islam, pelaksanaan hudud boleh menjatuhkan ekonomi negara Malaysia.Pada 5 Disember 2011,Setiausaha Perkasa, Syed Hassan Syed Ali minta Umno ajar sikit mulut celupar presiden MCA yang tidak tahu ujung pangkal itu. Sepatutnya dia minta nasihat Umno jika mahu buat kenyataan begini. Untuk rekod PERKASA menyokong Hudud. Itu hukum Allah. Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim juga kesah dengan kenyataan Soi Lek kerana boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama.Ia bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat begitu (menghina hukum Islam).Ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat Soi Lek mahu menutup kegagalan pentadbiran dalam MCA yang merudum pada tsunami 2008.Tuan Ibrahim kesal dengan Umno yang gagal menegur kebiadapan Chua Soi Lek.Umno hendaklah mengemukakan hudud perspektifnya jika tidak setuju dengan hudud yang dianjurkan PAS dan PAS akan mematuhinya.[12]

Rujukan

WikiPedia: Chua_Soi_Lek http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=3055... http://malaysiakini.com/news/131521 http://malaysiakini.com/news/139575 http://malaysiakini.com/news/139596 http://www.malaysiakini.com/news/183246 http://www.google.com.my/search?hl=en&safe=off&q=%... http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/Fro... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/1/...