Kontroversi Chua_Tian_Chang

Perhimpunan haram di hadapan Parlimen Disember 2007

Tian Chua berhadapan tuduhan menggigit lengan kiri dan meludah anggota polis ,Konstabel Roshaidi Anuar pada 10.45 pagi, 11 Dis 2007 di jalan masuk ke Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.[7] Beliau didakwa di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya ialah Ishak Mohd Yusoff. Tian Chua melantik H.C. Lai sebagai peguam bela. Hakim kes ini ialah Majistret Faizi Che Abu. Kes ini ditunda pada 31 Mac 2009.[8]

Dalam perhimpunan haram di hadapan bangunan Parlimen itu , 29 orang ditahan termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim, Mohd Hatta Ramli dan Dr Lo`lo Ghazali, Datuk Mustafa Ali, Yap Swee Seng, Wong Chin huat, Mein Lor dan V Gayathri. Mereka mahu menghantar memorandum bagi menolak Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 untuk meminda umur persaraan dari 65 sekarang kepada 66 tahun bagi anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) .Ini ada kaitan dengan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang akan mencapai umur bersara .[9]

Pada 22 Oktober 2009, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis konstabel Mohd Rosyaidi Anuar (22) dan menghalangnya daripada menjalankan tugas. Tian Chua terlibat dalam perhimpunan di Parlimen pada 11 Disember 2007. Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan. Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu.[10]

Tujuh ahli parlimen PKR lain mungkin hilang kelayakan sebagai ahli parlimen sebagaimana Tian Chua. Mereka ialah - Mohamad Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali dari PAS. Lain-lain ialah Ronnie Liu dan Lau Weng San yang turut menyertai perhimpunan haram. [11]Pada 18 Jun 2010,Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha mengurangkan denda Tian Chua kepada RM2000 sahaja . Dengan itu pilihan kecil Batu tidak perlu diadakan kerana Tian Chua masih layak sebagai ahli parlimen. Namun Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan pilihan raya perlu diadakan berdasarkan kes lampau Fan Yew Teng di Menglembu 1975 yang didenda RM2000.[12][13]Ghazali berkata keputusannya adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Agung 1993 kes Public Prosecutor lawan Leong Yin Ming yang hanya denda RM2,001 atau lebih yang akan meyebabkan perlucutan kerusi secara automatik.[14]Pada 23 Mei 2011, Mahkamah Rayuan menolak permohonan beliau untuk merayu hukuman denda berkenaan memandangkan notis itu lewat difailkan.[15]

Perhimpunan haram di Suria KLCC

Pada 26 Januari 2008, Tian Chua didakwa menyertai perhimpunan haram bersama peguam Chong Kok Wei@ Jonson Kok Wei Chong, 37, juruteknik Tan Chee Hooi, 33, anggota biro penerangan PKR Ginie Lim Siew Lin, 27, Mohd Azhar Yaacob, 25, dan bekas tentera Mohamed Nawi, 65. Mereka didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau kedua-duanya manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 188 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sebulan atau denda RM400 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Hakim ialah Mohamad Sakeri Mamat. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fariza Hamzah. Kes didengar pada 23-25 Mac 2009.[16]

Rombongan ke Taipei

Pada 7-12 September 2008, Tian Chua mengetuai 4 pemimpin PKR ke Taipei, Taiwan untuk memujuk 49 ahli Kelab Penyokong Barisan Nasional melompat parti untuk menubuhkan kerajaan baru 16 September 2008. Pakatan Rakyat hanya memerlukan sekurang-kuranya 30 kerusi untuk membentuk kerajaan baharu dengan majoriti mudah 112 kerusi. Sasaran mudah ialah wakil dari Sabah dan Sarawak kerana banyak rekod lompat parti dan tidak puas hati terhadap BN di Semenanjung Malaysia pada ketika itu ekoran tsunami politik melanda pada Malaysia sejak dari tahun 2008. [17]

Terlibat dalam kemalangan jalan raya

Pada 12 Mac 2010, kemalangan jalan raya berlaku di KM49 Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, dekat Kota Tinggi. Akibatnya penunggang motosikal , Mohd Salleh Hamdan (22) koma dan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi. Mohd Salleh merupakan anggota tentera di Kem Iskandar,Mersing. Bagaimanapun Tian Chua dan pemandu kereta Mercedesnya Zaharuddin Ayob selamat.[18].[19]

Kenyataan Lahad Datu

Insiden tembak menembak yang berlaku di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dalam kenyataannya menerusi Keadilan Daily.Kenyataan Tian Chua itu mendapat kecaman dan kritikan daripada orang ramai menerusi laman sosial seperti twitter dan facebook.[perlu rujukan]Manakala menurut Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semua pihak sepatutnya bersatu padu bagi membantu menyelesaikan krisis pencerobohan oleh kumpulan yang mendakwa Tentera Diraja Kesultanan Sulu. Kenyataan Tian Chua itu dianggap tidak bertanggungjawab dan keterlaluan memandangkan tindakan pihak berkuasa terhadap kumpulan bersenjata dari selatan Filipina itu bersabit soal keselamatan dan keamanan negara yang turut melibatkan kematian beberapa anggota Komando.[20][21]

Rujukan

WikiPedia: Chua_Tian_Chang http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?... http://www.aliran.com/oldsite/ms990922.html http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://borneoinsider.com/2013/03/01/kenyataan-tian... http://www.keadilandaily.com/insiden-tembak-menemb...