Variasi Churro

Di Seville ( Andalusia ), nama "calientes" atau "calentitos de rueda" kadangkala digunakan untuk menggantikan gelaran "churro". Biasanya ia merujuk kepada varian tebal, yang dipanggil porra . Calientes biasanya digoreng dalam bentuk lingkaran selanjar, kemudian ia digunting kecil. Bahagian tengah lingkaran itu lebih tebal dan lembut. Ramai menyukai bahagian tersebut. "Churro" juga biasa dijual dengan nama "calentitos de papas ". Nama itu merujuk kepada tekstur lembut kentang lecek. [2] [3]

Di sesetengah bahagian timur Andalusia, doh yang jauh lebih nipis digunakan, sehinggi gerigi tidak dapat terbentuk di permukaan churro. Oleh itu, ia mempunyai permukaan yang licin dan bertekstur lebih lembut. Diameternya sedikit nipis berbanding churro Sepanyol biasa. Selain itu, churro ini tidak ditaburi gula kerana mereka beranggapan rasanya tidak sesuai.

Churro yang lurus dan berinti boleh ditemui di Cuba (ia diisi dengan buah, contohnya jambu batu), Brazil (dengan coklat, doce de leite, di antara contoh lain), dan di Argentina, Bolivia, Peru, Chile dan Mexico (biasanya ia diisi dengan dulce de leche, cajeta, coklat dan vanila). Di Colombia dan Venezuela, churro disadur dengan arequipe dan susu pekat manis . Di Sepanyol, diameter yang lebih luas digunakan untuk menampung inti. Di Uruguay, churro juga boleh didapati dalam versi yang savuri dan dipenuhi dengan keju cair.

Di Filipina, churro biasanya berbentuk lurus, dibentuk menjadi U atau bulat. Biasanya ia ditaburkan dengan gula pasir. Churro biasanya dimakan dengan air tsokolate (gabungan yang dikenali sebagai churros con tsokolate), yang juga dijadikan pencicah. Ia popular ketika musim Krismas . [4]

Churro di taman tema dan pesta jalanan Amerika biasanya disaluti dengan gula kayu manis atau gula berperisa lain.

  • Churros dicurahi coklat
  • "Tejeringos" atau "Calentitos", variasi churro dari Andalusia