Pelakon Cinta_Tiada_Ganti

Pelakon utama

  • Aedy Ashraf sebagai Mukhriz "Riz" Raimi — Menjadi anak yatim di usia muda, Mukhriz diberi tanggungjawab mengendalikan syarikat-syarikat keluarganya yang berkuasa dan berpengaruh. Dia jatuh cinta kepada Ara, tidak tahu bahawa dia juga mempunyai kisah lampau yang mungkin menghancurkan hubungan mereka.
  • Nelydia Senrose sebagai Arabella "Ara" Abdullah — Anak perempuan Raihana yang membesar tanpa mengenali kasih sayang ibunya. Ara jatuh cinta dengan Mukhriz, tanpa mengetahui ia akan menghancurkan hidupnya.
  • Ben Amir sebagai Khairil "Khai" Hussain — Cucu sulung Dato’ Azizan, seorang hartawan yang kaya-raya. Khai mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Reza. Mereka datang dari keluarga yang berpecah belah apabila ibu mereka meninggalkan mereka untuk berkahwin dengan seseorang di Amerika. Selepas ibu bapa mereka berpisah, dua beradik itu berada di bawah jagaan Dato’ Azizan. Khai juga merupakan seorang peukis yang lebih suka dengan seni dan muzik daripada menguruskan perniagaan keluarganya. Dia merupakan seorang cucu penyayang, dan cukup berani untuk berjuang untuk apa yang dia percayai atau untuk wanita yang akhirnya akan jatuh cinta dengannya.
  • Atikah Suhaime sebagai Arianna "Yana" Natasya — Seorang yang ceria dan periang, Arianna bercita-cita ingin menjadi penyanyi rakaman. Dia mempunyai sejarah silam yang menghantui hidupnya, ibunya ialah seorang GRO, yang berkahwin dengan seorang lelaki yang akan melakukan apa sahaja untuk wang walaupun berniat untuk "menjual" anak tirinnya. Merupakan seorang yang cerdik dan berani, walaupun tidak dapat menamatkan persekolahannya, dia akan melakukan segalanya untuk mencapai matlamatnya dan untuk lelaki yang akhirnya dia akan jatuh cinta.

Pelakon pembantu

Pelakon undangan

Catatan

1 menunjukkan telah meninggal dunia

Rujukan

WikiPedia: Cinta_Tiada_Ganti http://www.astroawani.com/berita-hiburan/dramatis-... http://www.gempak.com/artikel/11078/bergandingan-d... http://www.myinfotaip.com/2018/06/cinta-tiada-gant... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelakon-s... http://www.utusan.com.my/hiburan/jodohku-nyanyian-... http://www.utusan.com.my/hiburan/rendah-diri-senja... https://kbergetar04.blogspot.com/2018/07/drama-cin... https://www.layandramaonline.com/drama/cinta-tiada... https://www.hmetro.com.my/rap/2018/07/357393/cubaa... https://www.hmetro.com.my/utama/2018/03/317476/tak...