Code_Lyoko

Code Lyoko (Sebutan bahasa Perancis: [kɔd ljɔko]) ialah siri televisyen animasi Perancis yang dicipta oleh Thomas Romain dan Tania Palumbo dan dihasilkan oleh MoonScoop yang ditayangkan di France 3. Siri ini berkisar pada sekumpulan remaja yang mengembara di dunia maya untuk mengalahkan kecerdasan buatan bernama X.A.N.A yang mengancam bumi dengan kuasa untuk mengakses dunia nyata dan menyebabkan masalah. Adegan di dunia nyata mempunyai latar belakang yang ditulis dengan tangan yang digabungkan dengan animasi komputer 2D untuk watak dan objek yang bergerak. Adegan di dunia Lyoko dibentangkan dalam animasi 3D CGI.[2]Siri dengan 97 episod ini pada mulanya ditayangkan pada 3 September 2003, di Perancis untuk France 3, dan berakhir pada 10 November 2007. Ia mula disiarkan di Amerika Syarikat pada 19 April 2004 di Cartoon Network dan Malaysia di Astro Ceria pada 2014. Siri susulan, Code Lyoko: Evolution, mula disiarkan pada akhir 2012. Ini merupakan "susulan" yang menampilkan aksi hidup yang dipaparkan untuk adegan yang berlaku di dunia nyata bukan seperti animasi tradisionalnya pada siri asal, tetapi mengekalkan CGI yang ikonik untuk babak dunia Lyoko. Siri ini terdiri daripada 26 episod dengan episod terakhir yang ditayangkan pada akhir 2013, meninggalkan ia dalam cliffhanger dan musim kedua yang tidak pernah dirancang oleh kerana MoonScoop memfailkan muflis pada 2014.

Code_Lyoko

Lagu penutup "A World Without Danger" (Instrumental) (Musim 1)
"Break Away" (Instrumental) oleh Subdigitals (Musim 2–4)
Penggubah Serge Tavitian
Herman Martin
Negara asal Perancis
Syarikat pengedaran Mediatoon Distribution
Penerbit eksekutif Nicolas Atlan
Christophe di Sabatino
Benoît di Sabatino
Lagu pembukaan "Un monde sans danger"/"A World Without Danger" (Sebuah Dunia Tanpa Bahaya) oleh Julien Lamassonne (Bahasa Perancis)/Noam Kaniel (Noam) (Bahasa Inggeris)
Pengarah Jérôme Mouscadet
Diikuti oleh Code Lyoko: Evolution
Penerbit Nicolas Altan
Format gambar SECAM
Penggubah lagu tema Franck Keller
Ygal Amar
Syarikat penerbitan Antefilms (Musim 1)
MoonScoop (Musim 2–4)
Ellipsanime
Tempoh siaran 26 minit[1]
Siaran asal 3 September 2003 (2003-09-03) – 10 November 2007 (2007-11-10)
Pencipta Tania Palumbo
Thomas Romain
Bilangan episod 97[1][lower-alpha 1] (Senarai episod)
Dibintangi oleh Sharon Mann
Matthew Géczy
Barbara Scaff
Mirabelle Kirkland
David Gasman
Jodi Forrest
Allan Wenger
Paul Bandey
Christine Flowers
Genre Aksi
Pengembaraan
Cereka sains[1]
Bilangan musim 4
Ditulis oleh Sophie Decroisette
Saluran asal France 3 (Perancis)
Astro Ceria (Malaysia)