Sejarah Copa_América

Perlawanan pertama yang membabitkan pasukan rasmi di Amerika Selatan telah diadakan di Argentina pada tahun 1867 oleh beberapa orang pekerja buruh Britain. Pada awal abad ke-20, sukan bola sepak di Amerika Selatan menjadi sangat popular dan kejohanan pertama yang diadakan khusus untuk pasukan kebangsaan di Amerika Selatan diadakan pada tahun 1910, pada ketika itu Argentina mengadakan kejohanan ini bagi memperingati peristiwa Revolusi Mei. Dalam kejohanan ini, pasukan Chile dan Uruguay, namun begitu kejohanan ini tidak diiktiraf rasmi oleh CONMEBOL.

Pada tahun 1916, Argentina sekali lagi mengadakan kejohanan ini bagi menyambut ulangtahun ke-100 kemerdekaan mereka. Kejohanan kali ini disertai oleh pasukan Chile, Uruguay dan Brazil. Kejohanan pada tahun 1916 ini merupakan edisi pertama Copa América, di mana pasukan Uruguay merupakan johan pertama setelah seri dengan pasukan Argentina.

Pasukan Uruguay yang memenangi 2 kejohanan, yang pertama di Buenos Aires pada tahun 1916 dan yang kedua pada tahun 1917, di Montevideo.

Pada tahun berikutnya, kejohanan ini diadakan di Uruguay, di mana pasukan Uruguay menewaskan pasukan Argentina dengan jaringan 1-0 untuk kejuaraaan kedua mereka. Pada tahun 1918, kejohanan ini tidak diadakan berikutan wabak flu yang merebak pada ketika itu. Namun begitu, pada tahun 1919, kejohanan ini diadakan kembali, bertempat di Brazil, pasukan Brazil berjaya menjadi johan untuk pertama kali dengan menewaskan pasukan Uruguay.

Pasukan Paraguay pertama kali menyertai kejohanan ini pada tahun 1921 selepas menyertai konfederasi CONMEBOL. Pada tahun itu, pasukan Argentina menang kejohanan buat pertama kali. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan pasukan Uruguay mendominasi kejohanan ini. Namun begitu, kejohanan pada tahun 1929 menyaksikan pasukan Argentina sekali lagi memenangi kejohanan ini dengan menewaskan pasukan Uruguay. Pasukan Bolivia dan Peru masing-masing menyertai kejohanan ini buat pertama kali pada tahun 1926 dan 1927.