Copenhagen
Copenhagen

Copenhagen

Copenhagen (Bahasa Denmark: København kʰøb̥ənˈhaʊ̯ˀn[3]) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di Denmark, dengan jumlah penduduk di pusat bandar sebanyak 1,167,569 (2009) dan jumlah penduduk metropolitan seramai 1,875,179 (2009). Copenhagen terletak di pulau-pulau Zealand dan Amager.Semenjak namanya tercatat buat kali pertama pada abad ke-11, Copenhagen menjadi ibu negara Denmark pada awal abad ke-15, seterusnya menjadi sebuah bandar raya terpenting serantau pada abad ke-17 di bawah pemerintahanChristian IV. Dengan terbinanya Jambatan Oresund antara negara Sweden dan Denmark pada tahun 2000, Copenhagen menjadi bandar raya utama di Kawasan Oresund yang semakin maju. Dalam kawasan ini, Copenhagen dan bandaraya Malmö di Sweden semakin berkembang menjadi sebuah kawasan metropolitan bersama. Dengan kira-kira 2.7 juta penduduk dalam jangkauan 50 km dari pusat bandar, Copenhagen ialah salah sebuah kawasan terpadat penduduk di Eropah Utara. Copenhagen ialah bandaraya Nordik yang paling kerap dikunjungi iaitu 1.3 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2007.[4]Copenhagen ialah sebuah pusat kebudayaan, perniagaan, media, dan sains utama serantau, seperti yang ditunjukkan oleh beberapa hasil soal selidik dan penarafan antarabangsa (lihat Kedudukan antarabangsa di bawah). Bidang sains kehidupan, teknologi maklumat dan perkapalan merupakan sektor-sektor penting, tidak lupa juga peranan penting yang dimainkan oleh usaha penyelidikan dan pembangunan dalam ekonomi bandar raya ini. Kedudukan strategik dan prasarana unggul bandar ini terutamanya lapangan terbang terbesar di semenanjung Scandinavia[5] yang terletak 14 minit jika menaiki tren dari pusat bandaraya, menjadikannya sebuah hab serantau dan tempat yang amat digemari untuk mendirikan ibu pejabat serantau[6] dan juga persidangan antarabangsa.Copenhagen sering kali diiktiraf sebagai salah sebuah bandaraya yang menikmati mutu kehidupan yang tertinggi di dunia[7][8][9], di samping dan menjadi antara kota-kota yang paling mesra alam di dunia. Perairan dalam pelabuhan dalamannya begitu bersih sehingga sesuai untuk berenang, manakala 36% warga kota berbasikal ke tempat kerja.Semenjak detik peralihan alaf ke-2, Copenhagen menyaksikan perkembangan urban dan kebudayaan yang pesat sekali[10], berpunca daripada pelaburan besar-besaran dalam kemudahan dan prasarana kebudayaan serta kedatangan jurureka, tukang masak dan jurubina cemerlang.[11]

Copenhagen

Kawasan Hovedstaden
Perbandaran[1]
• Urban 1,167,569 (01-01-2,009)
Sebutan terawal abad ke-11
• Musim panas (DST) UTC+2 (CEST)
Laman web www.kk.dk/english
Taraf bandaraya abad ke-13
• Metro 1,892,233 ((10-01-2,009) 34 closest municipalities)
• Datuk Bandar Frank Jensen (S)
• Bandar 526,918 (10-01-2,009)
Negara  Denmark
Zon waktu UTC+1 (CET)
• Kepadatan 5,971/km2 (15,460/batu persegi)

Rujukan

WikiPedia: Copenhagen http://www.architecture-page.com/go/people/profile... http://www.architecture.com/Awards/RIBAEuropeanAwa... http://www.architecture.com/Awards/RIBAEuropeanAwa... http://britishbattles.com/waterloo/battle-copenhag... http://www.copcap.com/ http://www.designboom.com/weblog/read.php?CATEGORY... http://www.dezeen.com/2008/10/05/suk-project-by-bi... http://www.euromonitor.com/Top_150_City_Destinatio... http://www.forbes.com/2008/07/21/cities-europe-lif... http://www.forumaid.com/default.asp?sid=1207