Kerjaya Daphne_Iking

Ketika membintangi filem Belukar bersama Bront Palarae.

Daphne pernah memikirkan untuk menceburi kerjaya dalam bidang perubatan namun hasrat itu ditinggalkan kerana takutkan darah.[3] Daphne yang memegang Ijazah Sarjana dalam Komunikasi (2004) dan Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio, 2001), kedua-duanya dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang, Iking memasuiki persada televisyen melalui kemunculan dalam iklan Pond's pada tahun 2001. Pada tahun 2003, beliau mendaftar dirinya untuk meraih jawatan sebagai wartawan di TV3. Tidak lama kemudian, beliau berjaya menempah tempat sebagai hos Ringgit Sense di rangkaian tersebut.

Pada tahun 2004, Daphne muncul sebagai hos Explorace selama dua tahun. Selepas itu, sepanjang tahun 2005 beliau mengacara PNB World Investment Challenge (TV3), Vector Challenge (8TV), May/Antabax Health & Beauty Capsules (TV3) dan Explorace Kids (TV3). Beliau juga menjadi wartawan bagi the Brand dan Majalah Tiga di TV3.

Pada tahun 2006, beliau mula menjadi pelakon menerusi siri KL Lights. Pada tahun yang sama, beliau muncul dalam My Australian Adventure yang bertemakan travelog. Kemudian pada tahun itu, beliau berpindah ke ntv7 lalu mengacarakan The Breakfast Show di saluran itu. Beliau juga muncul sebagai juri jemputan dalam What Women Want di 8TV.

Daphne pernah mengacarakan kira-kira 30 acara luaran yang bersiaran dan tidak bersiaran di televisyen sejak tahun 2004, termasuklah Explorace Street Party di Bangsar (2004), Pertemuan Alumni USM (2005) dan Guess Model Search (2006).

Daphne pernah muncul dalam pelbagai iklan cetak dan televisyen, termasuklah bagi Pond's pada tahun 2001, Kenny Rogers Roasters (2005), dan Volvo S80 (2006). Selain itu, Daphne menampilkan dirinya dalam pelbagai majalah, seperti KLUE, Eve & Adam, Ezyhealth dan FHM. Pada tahun 2006, beliau diundi dalam kedudukan ke-14 di FHM Malaysia's Sexiest, pencapaian terbaik beliau sejak muncul dalam undian tersebut tiga tahun berturut-turut.

Rujukan

WikiPedia: Daphne_Iking http://freyja6.blogspot.com/ http://www.dailychilli.com/buzz/9896-daphne-iking-... http://www.daphneeleanoriking.com http://www.daphneeleanoriking.com/index.php?id=9,3... http://www.daphneeleanoriking.com/index.php?option... http://www.imdb.com/name/nm3618454/ http://www.thenutgraph.com/proud-to-be-sabahan http://malaysia.answers.yahoo.com/my/profile?show=... http://www.mmail.com.my/content/14044-1-malaysia-1... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/...