Darjah_Khazanah_Suci
Darjah_Khazanah_Suci

Darjah_Khazanah_Suci

Darjah Sacred Treasure (瑞宝章, Zuihō-shō, secara harfiahnya Darjah Khazanah Suci) ialah darjah kebesaran Jepun, dizahirkan pada 4 Januari 1888 oleh Maharaja Meiji sebagai Darjah Meiji. Pada asalnya dianugerahkan dalam lapan kelas (dari kelas 8 hingga 1, dalam susunan menaik), sejak tahun 2003 ia telahpun dikurniakan dalam enam kelas, dua pingat terendah telah dimansuhkan tahun itu. Darjah Jepun yang paling banyak diberikan, ia telah dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah membuat kemajuan yang cemerlang didalam bidang penyelidikan, industri perniagaan, penjagaan kesihatan, kerja sosial, bidang kerajaan tempatan/negeri atau menaik taraf hidup orang cacat/orang kurang upaya.[1]Pada asalnya anugerah ini hanya untuk lelaki sahaja, namun darjah ini juga telah dibuat untuk wanita bermula tahun 1919; ia dikurniakan untuk kebaktian orang awam dan tentera, walaupun pangkat yang lebih rendah diperlukan untuk penganugerahan Order of the Rising Sun. Tidak seperti rakan-rakan senegara Eropah, darjah ini boleh di kurniakan selepas mati. [petikan diperlukan]