Dean Thomas merupakan salah seorang watak rekaan
J. K. Rowling dalam siri rekaannya iaitu
Harry Potter. Dia dikenali dengan kemahirannya yang pandai melukis dan meniru tandatangan. Dia berkongsi bilik srama dengan
Harry,
Ron,
Neville, dan sahabat baiknya
Seamus Finnigan. Dean juga berkawan dengan Harry, Ron, Parvati dan Lavender. Dean menggemari kelas
Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam dan pengajar kegemarannya ialah
Profesor Lupin. Dean sering membela Lupin ketika berbalah dengan
Umbridge dan amat kagum dengan kemahiran dan cara Lupin.Dean dilahirkan oleh ibu yang Muggle dan bapa. yang mungkin seorang ahli sihir, yang tidak pernah diketahui keluarganya. Tanpa diketahui oleh Dean, bapanya telah dibunuh oleh sekumpulan
Death Eater apabila dia enggan menyertai mereka dan Dean dibesarkan oleh ibu dan bapa tirinya. Dia turut mempunyai beberapa orang adik-beradik tiri. Walaupun ia tidak diterangkan di dalam novel, ia dikira berkaitan kerana telah
diperkatakan oleh Rowling sendiri dalam laman webnya dan Rowling sendiri menyatakan yang ia adalah plot kecil dalam draf asal
Bilik Rahsia. Ada pernyataan mengatakan yang Dean merupakan peminat pasukan bola sepak
West Ham United.Apabila Skrewt Berhujung Meletup mengamuk di petak labu ketika Penjagaan Makhluk Ajaib, Dean adalah antara pelajar yang membantu yang lain sebelum berlindung di dalam pondok Hagrid.Dean percayakan dakwaan Harry tentang kembalinya Voldemort dan juga salah seorang ahli kumpulan
TD. Ketakutan Dean yang paling teruk ialah tangan putus yang bergerak. Pada penghujung
Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix Dean mula keluar dengan
Ginny Weasley, walau bagaimanapun, mereka putus hubungan pada penghujung
Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan Dean menjadi Chaser simpanan apabila Katie Bell mengalami kemalangan.Dalam
Harry Potter dengan Batu Hikmat edisi UK, Dean Thomas tidak disebut ketika upacara penyisihan. Dia, walau bagaimanapun, disisih dalam edisi Amerika sebaik selepas Harry dan sebelum Lisa Turpin. Menurut Rowling, penyunting UK merasakan bab tersebut terlalu panjang dan terpaksa memotong beberapa maklumat. Penyuntingan ini menyebabkan kesilapan pada edisi AS: ia menyatakan tiga pelajar yang tinggal tetapi menyebut empat nama (Thomas, Turpin, Weasley dan Zabini).Terdapat spekulasi mengatakan bahawa nama Dean Thomas adalah sempena Forest of Dean, seperti nama watak yang lain, merupakan tempat berhampirann dengann tempat kelahiran Rowling,
Gloucestershire.Dia dilakonkan oleh Alfred Enoch dalam filem Harry Potter.