Demam_kuning_dewasa
Demam_kuning_dewasa

Demam_kuning_dewasa

Penyakit demam kuning dikalangan orang dewasa mungkin disebabkan oleh serangan virus dalam kumpulan "keluarga Flaviviradae". Virus ini biasanya disebarkan melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti oleh virus penyebab penyakit Demam Kuning.Diantara pembawa atau vektor kepada virus penyebab demam kuning adalah nyamuk Aedes aegyti (pembawa kepada virus Denggi – punca kepada penyakit Demam Denggi dan penyakit Demam Denggi Berdarah).Demam kuning (juga dikenali sebagai muntah hitam ( black vomit ) atau kadang kala (The American Plague) adalah penyakit virus biologi. Ia masih merupakan sebab utama penyakit berdarah (hemorhage) di beberapa negara Afrika dan Amerika Selatan walaupun terdapat vaksin yang berkesan. Pada masa dahulu, ia merupakan penyebab beberapa wabak yang membawa bencana.Penyakit ini disebabkan oleh arbovirus dari famili Flaviviridae, dan adalah virus RNA terkecil diasingkan dari manusia.Nyamuk adalah vektor penyakit utama dalam penyebaran penyakit dari monyet hutan kepada manusia dan dalam penyebaran manusia ke manusia. Nyamuk yang terbabit adalah Aedes simpsoni, Aedes africanus, dan Aedes aegypti di Afrika; dan genera Haemagogus dan Sabethes.Kitaran penyakit berbeza daripada jangkitan tidak kelihatan kepada penyakit demam kuat dangan kadar kematian yang tinggi. Terdapat perbezaan antara wabak di kawasan luar bandar dengan dalam bandar. Penyakit di dalam bandar dan orang bukan tempatan adalah lebih serious.Selepas 3 hingga 6 hari tempoh pengeraman simptom biasa yang kelihatan adalah demam, sakit otot, sakit kepala, dan sakit belakang. Simptom lain lidah merah, muka kemerahan, dan mata menjadi merah juga merupakan simptom penyakit demam kuning. Dalam sebahagian kes terdapat juga penglibatan organ dalaman - hati, ginjal dan jantung. Terdapat juga pendarahan dari usus penghadaman (muntah darah). Kemudian penyakit ini sering dirumitkan lagi dengan jaundise dengan kegagalan hati dan/atau kegagalan ginjal dengan proteinuria. Jika penyakit bertambah buruk, meracau, sawan dan koma menurut. Hypotension dan kekeringan ( dehydration ) juga biasa. Kadar kematian sekitar 5%. Pesakit yang mati biasanya berlaku dalam tempoh enam hingga tujuh hari selepas mula menunjukkan tanda-tanda.