Demografi_Jepun

Jumlah penduduk di Jepun kini dianggarkan sebanyak 129 juta. Jepun telah mengalami tumbuhan kadar penduduk yang tinggi disebabkan perubahan saintifik, industrial dan sosiologi yang dilalui negara itu sejak 100 tahun yang lalu. Namun arus pemodenan kini membawa bersama masalah kadar kelahiran yang merosot. Jangkahayat penduduk Jepun adalah lama disebabkan taraf kebersihan dan kesihatan yang tinggi, melebihi jangkahayat penduduk Amerika Syarikat.Jepun merupakan sebuah masyarakat bandar dengan hanya 7% penduduknya yang giat dalam bidang pertanian. Ramai petani menokok gaji mereka dengan bekerja sambilan di pekan dan di bandar. Lebih kurang 80 juta penduduk bandar mendiami kawasan Honshu, dan di sebelah utara Kyushu.Pecahan bilangan penduduk di beberapa bandar di Jepun: Tokyo lebih kurang 14 juta; Yokohama 3.3 juta; Osaka 2.6 juta; Nagoya 2.1 juta; Kyoto 1.5 juta; Sapporo 1.6 juta; Kobe 1.4 juta; dan Kitakyushu, Kawasaki, dan Fukuoka 1.2 juta setiap satu.Jepun mengalami masalah yang dilalui oleh negara-negara bandar dan industrial yang lain seperti, kawasan bandar yang penuh dengan manusia, lebuhraya yang sesak dan pencemaran udara.