Demokrasi_Kristian

Demokrasi Kristian adalah ideologi politik yang muncul sejak abad ke-sembilan belas di bawah pengaruh ajaran sosial Katolik,[1][2] serta Neo-Calvinisme di Eropah.[nb 1] Para penyokong demokrasi jenis ini berpegang kuat kepada prinsip-prinsip pasaran sosial dan fahaman campur tangan. Ia merupakan gabungan idea demokratik moden dan nilai-nilai agama Kristian tradisional, menggabungkan ajaran sosial bawaan mazhab-mazhab gereja Katolik, Lutheran, Direformasi, dan Pentekost.[5][6] Selepas Perang Dunia II, gerakan-gerakan Protestan dan Katolik masing-masing memainkan peranan membentuk fahaman demokrasi ini.[7]