Devil_May_Cry:_The_Animated_Series
Devil_May_Cry:_The_Animated_Series

Devil_May_Cry:_The_Animated_Series

Devil May Cry ialah sebuah siri anime berdasarkan sebuah siri permainan video, dicipta dan dimiliki oleh Capcom. Siri ini disiarkan di siaran TV WOWOW di Jepun pada 14 Jun 2007, dan akan berlangsung selama 12 episod.[1][2][3]Siri ini dihasilkan oleh studio anime Madhouse dan diarahkan oleh Shin Itagaki. Bingo Morihashi yang merupakan salah satu penulis cerita bagi permainan videonya yang kedua, ketiga dan keempat, juga merupakan kakitangan dalam penerbitan siri anime tersebut.Sebuah treler teaser, dikeluarkan di laman rasmi siri ini, mempamerkan kerja seni watak utamanya, iaitu Dante, yang juga merupakan protagonis dalam siri permainan videonya dan telah mengesahkan bahawa dia merupakan watak utama siri animenya.Treler kedua yang dikeluarkan di Pameran Anime Tokyo Antarabangsa 2007 menunjukkan animasi sebenar daipada sirinya dan mengandungi senarai watak-watak dan pelakon-pelakon suara latar, mempamerkan watak-watak baru dan watak-watak lain daripada permainan video Devil May Cry.Pada awal bulan Jun, seluruh episod pertama dikeluarkan di negara-negara Asia kecuali negara Jepun. Episod pertama disiarkan di Jepun pada 14 Jun 2007.Pada 30 Jun 2007, di Anime Expo 07, telah diumumkan bahawa ADV telah melesenkan siri tersebut.

Devil_May_Cry:_The_Animated_Series

Dikeluarkan pada 14 Jun 2007 – kini
Penyiaran Asal WOWOW
Dilesenkan oleh ADV Films
Pengarah Shin Itagaki
Studio Madhouse
Genre Aksi