Dewan_Pertuanan_United_Kingdom
Dewan_Pertuanan_United_Kingdom

Dewan_Pertuanan_United_Kingdom

Dewan Pertuanan (Bahasa Inggeris: House of Lords) adalah dewan atas Parlimen United Kingdom dan sering dirujuk sebagai "Pertuanan" (the Lords). Parlimen UK terdiri dari Raja, Dewan Rakyat (dewan bawah Parlimen, juga dirujuk sebagai the Commons), dan Dewan Pertuanan. Di Parlimen, ahli-ahli Dewan Pertuanan kini melebihi ahli-ahli Dewan Rakyat dengan 751 berbanding 646.Gaya rasmi dan lengkap Dewan Pertuanan adalah The Right Honourable the Lords Spiritual and Temporal of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland in Parliament assembled. Gaya rasmi ahli individu Dewan Pertuanan pula adalah The Right Honourable the Lord X (of Y). Tuan-tuan bangsawan yang merupakan ahli Majlis Privi meletakkan "PC" (Privy Counsellor) selepas gelaran mereka: kesemua ahli Majlis Privi bagaimanapun memang berhak mendapat julukan The Right Honourable.Pada 7 Mac 2007, Dewan Rakyat mengundi, pada dasarnya, untuk menggantikan para Tuan bangsawan dengan satu dewan yang dipilih (sama ada 100% dipilih atau 80% dipilih, 20% dilantik). Ini adalah suatu langkah terhadap perundangan untuk mengakhirinya (lihat Pembaharuan Dewan Pertuanan). Walau bagaimanapun, Dewan Pertuanan sebagai dewan perundangan atas menolak cadangan ini dan mengundi untuk pelantikan keseluruhan Dewan Pertuanan.

Dewan_Pertuanan_United_Kingdom

Lord Speaker
Norman Fowler
sejak 1 September 2016
Ketua Pembangkang
Angela Smith, Buruh
sejak 27 Mei 2015
Kumpulan politik
Ketua
Natalie Evans, Konservatif
sejak 14 Julai 2016
Gaji Tiada gaji tahunan, tetapi elaun dan perbelanjaan harian bebas cukai dibayar.
Ahli 779[1][lower-alpha 1]
Ketua Parti Ketiga
Richard Newby, Demokrat Liberal
sejak 13 September 2016
Jenis