Media Digimon_Adventure_02

Anime

Digimon Adventure 02 disiarkan sebanyak 50 episod di Fuji TV di Jepun bermula pada 2 April 2000 sehingga 25 Mac 2001. Syarikat Saban Entertainment menghasilkan dalam versi Bahasa Inggeris yang disiarkan di Fox Kids (sekarang digelar Disney XD) di Amerika Syarikat dan di Kanada YTV pada 19 Ogos 2000 dan 19 Mei 2001. Versi Jepun disiarkan dengan sarikata Bahasa Inggeris pada Crunchyroll pada tahun 2008, diikuti oleh Funimation Entertainment pada April 2009. Versi Bahasa Melayu telah bersiaran di ntv7 pada 28 April 2002 sehingga 6 April 2003 juga ulangi bersiaran di Astro Ceria pada tahun 2009. Digimon Adventure 02 sekali lagi bersiaran bermula 24 September 2017, di Tv9 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 7:00 petang

Lagu tema

Tema pembukaan
  • "Target ~Akai Shōgeki~" (ターゲット~赤い衝撃~, Tāgetto ~Akai Shōgeki~, "Sasaran (Kesan Merah)") oleh Kouji Wada (Jepun) (lagu pertukaran Imperialdramon)
  • "Digimon Theme" oleh Paul Gordon (Amerika Utara)
Tema penutupan
  • "Ashita wa Atashi no Kaze ga Fuku" (明日はあたしの風が吹く, "Esok Ialah Apabila Angin Bertiup Saya") oleh AiM (Episod 1 - 25)
  • "Itsumo Itsudemo" (いつもいつでも, "Sentiasa Bila-bila Masa") oleh AiM (Episod 26 - 50)
Sisipan lagu
  • "brave heart" ("Jantung Berani") oleh Ayumi Miyazaki (lagu pertukaran)
  • "Break up!" ("Berpecah!") oleh Ayumi Miyazaki (lagu pertukaran Armor)
  • "Beat Hit!" ("Mengalahkan Cabutan!") oleh Ayumi Miyazaki (lagu pertukaran Jogress)
  • "Boku wa Boku Datte" (僕は僕だって, "Saya Walaupun Saya") oleh Kouji Wada
  • "Now is the time!!" oleh Ai Maeda
  • "Bokura no Digital World" (僕らのデジタルワールド, Bokura no Degitaru Wārudo, "Dunia Digital Kami") oleh Digimon All Stars bersama-sama Kouji Wada & Ai Maeda