Dilasi_masa_graviti

Dilasi masa graviti adalah perbezaan sebenar peredaran masa antara dua peristiwa seperti yang disukat oleh pemerhati-pemerhati yang terletak di tempat yang berbeza-beza daripada jisim graviti, di kawasan-kawasan yang berlainan potensi graviti. Makin rendah potensi graviti (makin dekat jam itu dengan punca graviti), makin perlahan masa berlalu. Kesan ini mula-mula diramal oleh Albert Einstein dalam teori kerelatifan beliau[1] dan semenjak itu telah disahkan oleh ujian kerelatifan am.Ini telah ditunjuk cara dengan mengambil kira bahawa jam-jam atom yang terletak berlainan altitud (dan oleh itu berlainan potensi graviti) akan membuahkan waktu yang berbeza-beza. Kesan-kesan yang dikesan pada uji kaji-uji kaji sebegini teramat halus hinggakan bezanya diukur dalam nanosaat.Dilasi masa graviti mula-mula diperikan oleh Albert Einstein pada tahun 1907[2] sebagai kesan daripada kerelatifan khas dalam rangka rujukan terpecut. Dalam kerelatifan am, ia dianggap sebagai beza dalam peredaran masa wajar di kedudukan yang berbeza-beza seperti yang diperikan oleh tensor metrik ruang masa. Kewujudan dilasi masa graviti disahkan secara langsung buat julung kalinya oleh uji kaji Pound–Rebka.