Dingo
Dingo

Dingo

Dingo (Jawi: ديڠو; Canis lupus dingo) ialah sejenis anjing bebas merantau yang dijumpai terutamanya di Australia, serta Asia Tenggara, tempat yang darinya ia dikatakan berasal. Ia setakat ini dikelakskan sebagai subspesies serigala kelabu, Canis lupus.Habitat dingo berjulat dari gurun ke padang rumput dan ke pinggir hutan. Dingo biasanya akan menjadikan sarang di dalam lubang arnab terbiar dan balak berongga yang hampir dengan bekalan penting air.Dingo ialah pemangsa darat terbesar di Australia, dan memainkan peranan penting sebagai pemangsa puncak. Walau bagaimanapun, dingo dilihat sebagai haiwan perosak oleh peladang haiwan ternakan kerana serangan terhadap haiwan. Akasnya, pemangsaannya terhadap arnab, kanggaru dan tikus mungkin berfaedah untuk penternak.Untuk ramai orang Australia, dingo ialah suatu ikon budaya. Terdapat kebimbangan bahawa spesies ini akan pupus. Dingo dilihat oleh ramai orang bahawa ia bertanggungjawab untuk kepupusan harimau Tasmania di tanah besar Australia kira-kira dua ribu tahun lalu,[3] tetapi suatu kajian baru-baru ini mencabar pandangan ini.[4] Dingo mempunyai peranan prominen dalam budaya Orang Asli Australia sebagai ciri cerita dan upacara, dan ia digambarkan pada ukiran batu dan lukisan gua.[5]