Diskografi_Miranda_Cosgrove
Diskografi_Miranda_Cosgrove

Diskografi_Miranda_Cosgrove

Pelakon dan penyanyi Amerika Miranda Cosgrove telah mengeluarkan satu album studio, dua EP, dua runut bunyi, enam single, dan single promosi. Kemunculan sulung Cosgrove sebagai penyanyi rakaman bermula dengan lagu tema iCarly "Leave It All to Me". Lagu ini menampilkan Drake Bell telah dikeluarkan sebagai single pada Disember 2007[1] dan menduduki nombor 100 di carta Billboard Hot 100.[2] Pada Jun 2008, Columbia Records mengeluarkan runut bunyi iCarly, yang menampilkan empat lagu dipersembahkan oleh Cosgrove,[3] menaiki nombor 28 di carta Billboard 200.[4] Single kedua "Stay My Baby" gagal menaiki carta. Pada Disember 2008, saduran bagi lagu percutian "Christmas Wrapping" dikeluarkan untuk mempromosikan Merry Christmas, Drake & Josh.[5] Pada 3 Februari 2009, Cosgrove mengeluarkan EP pertamanya About You Now, eksklusif di iTunes Store.[6] Single dengan judul sama, "About You Now" menaiki nombor 47 di carta Hot 100 pada Januari 2009, menjadi singlenya yang paling berjaya setakat ini.[7] Untuk mempromosikan filem animasi 2009 Cloudy with a Chance of Meatballs, Columbia Records mengeluarkan single promosi bertajuk "Raining Sunshine".[8]Cosgrove melancarkan album studio pertamanya Sparks Fly pada 27 April 2010 dan menduduki nombor 8 di carta US Billboard 200. Album ini terjual sebanyak 36,000 unit pada minggu pertama. Single pertama dari album ini, "Kissin U", telah dikeluarkan di iTunes pada 23 Mac 2010.,[9] menduduki nombor 54 pada 2011. Pada Januari 2011, Cosgrove melacarkan EP keduanya High Maintenance dan juga mengeluarkan single dengan tajuk sama. Lagu bertajuk "Dancing Crazy", telah ditulis oleh Avril Lavigne[10] dan menduduki nombor 14 di US Billboard Adult Pop Songs[11] menduduki nombor 100 di carta Billboard Hot 100. Lagu saduran Sheryl Crow, "First Cut Is The Deepest" telah diposkan di saluran YouTube rasmi Cosgrove pada 21 Julai 2013.[12]

Diskografi_Miranda_Cosgrove

Video muzik 8
EP 2
Single 6
Single promosi 5
Album studio 1

Rujukan

WikiPedia: Diskografi_Miranda_Cosgrove http://austriancharts.at/showitem.asp?interpret=Mi... http://www.austriancharts.at/search.asp?search=Mir... http://hitparade.ch/search.asp?search=miranda+cosg... http://www.allmusic.com/album/r1385020 http://itunes.apple.com/WebObjects/MZStore.woa/wa/... http://itunes.apple.com/WebObjects/MZStore.woa/wa/... http://itunes.apple.com/WebObjects/MZStore.woa/wa/... http://a1.phobos.apple.com/us/r1000/037/Music/fa/e... http://www.billboard.com/artist/%5B%5B:Templat:Bil... http://www.billboard.com/artist/311431/Miranda+Cos...