Produksi Doctor_Strange_(filem)

Pembangunan

Pada bulan April 2005, Paramount Pictures mendapatkan Doctor Strange daripada Miramax sebagai sebahagian daripada usaha Marvel Studios untuk menerbitkan sendiri filem mereka. Pada bulan Mac 2009, Marvel melantik penulis-penulis untuk membantu mencari jalan kreatif untuk melancarkan watak-watak yang kurang dikenali seperti Black Panther, Cable, Doctor Strange, Iron Fist, Nighthawk dan Vision.[4] Pada bulan Jun 2010, Marvel Studios melantik Thomas Dean Donnelly dan Joshua Oppenheimer untuk menulis Doctor Strange.[5] Pada bulan Januari 2013, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige mengesahkan bahawa Doctor Strange akan muncul dalam "Fasa Tiga" Marvel Cinematic Universe.[6] Feige mengulangi bahawa sebuah filem Doctor Strange sedang berada dalam pembangunan di Marvel Studios pada bulan Mei,[7][8] dan sekali lagi pada bulan November.[9]

Pada bulan Februari 2014, The Hollywood Reporter melaporkan bahawa Marvel telah mempertimbangkan Mark Andrews, Jonathan Levine, Nikolaj Arcel dan Dean Israelite untuk mengarah filem dan mempertimbang Jonathan Aibel dan Glenn Berger untuk menulis semula skrip filem.[10] Sehingga bulan Mac, senarai pengarah yang dipertimbangkan oleh Marvel dipendekkan kepada Andrews, Levine dan Scott Derrickson.[11]

Pra-produksi

Pada bulan Jun 2014, Derrickson telah dipilih untuk mengarah filem ini serta[12] Marvel telah melihat kepada Tom Hardy, Benedict Cumberbatch dan Jared Leto untuk melakonkan watak utama watak utama filem.[13][14] Jon Spaihts juga memasuki rundingan untuk menulis semula skrip.[14] Ketika mengesahkan pelantikan Derrickson, Feige menyatakan bahawa pemilihan pelakon akan bermula pada bulan Julai atau Ogos dan menambah bahawa produksi dijangka bermula pada awal bulan 2015.[15] Kemudiannya pada bulan itu, Édgar Ramírez menyatakan bahawa beliau berbual dengan pengarah tentang satu watak dalam Doctor Strange.[16]

Pada bulan Julai, Feige menyatakan bahawa pengumuman watak utama akan berlaku dengan cepat [17] dan menjelang akhir bulan, Joaquin Phoenix memasuki perbincangan untuk melakonkan karakter itu.[18][19] Menjelang bulan September 2014, Marvel Studios berada dalam rundingan untuk menjalankan penggambaran Doctor Strange di Pinewood-Shepperton.[20] Rundingan bersama Phoenix berakhir pada bulan Oktober 2014.[21] Marvel meletakkan Cumberbatch, Leto, Ethan Hawke, Oscar Isaac, Ewan McGregor, Matthew McConaughey, Jake Gyllenhaal, Colin Farrell dan Keanu Reeves dalam senaraik pendek mereka untuk Doctor Strange.[22][23] Menjelang akhir bulan, Cumberbatch memasuki rundingan untuk melakonkan karakter itu[24] dan pada bulan Disember, beliau secara rasmi dipilih untuk watak tersebut.[25] Spaihts juga disahkan akan menulis skrip.[25]

Chiwetel Ejiofor memasuki rundingan awal bersama Marvel untuk melakonkan sebuah karakter dalam filem ini [26] yang kemudiannya didedahkan sebagai Baron Mordo.[27] Pada bulan April 2015, Derrickson dan ahli pasukan produksi melawat Bandar Raya New York untuk meninjau lokasi berpotensi untuk penggambaran filem manakala Feige mendedahkan bahawa penggambaran akan bermula pada bulan November.[28] Menjelang bulan Mei, Tilda Swinton berada dalam perbincangan bersama Marvel untuk melakonkan watak Ancient One.[29] Pada bulan Jun 2015, Derrickson mengumumkan bahawa beliau sedang menuju ke London untuk memulakan kerja filem[30] dan Feige mengesahkan bahawa Sanctum Sanctorum akan muncul dalam filem.[31] Swinton mengesahkan bahawa beliau akan melakonkan watak Ancient One pada bulan Julai[32] dan menjelang akhir bulan, Rachel McAdams telah dipertimbangkan untuk watak wanita utama.[33]

Ejiofor telah disahkan sebagai Baron Mordo semasa D23 Expo 2015,[34] dan menjelang akhir bulan Ogos, Mads Mikkelsen memasuki rundingan awal untuk melakonkan watak penjahat.[35] Semasa Festival Filem Antarabangsa Toronto 2015, McAdams mengesahkan bahawa beliau akan membintangi filem ini.[36] Menjelang awal bulan November, Michael Stuhlbarg memasuki rundingan untuk muncul sebagai Nicodemus West.[37]

Penggambaran

Cumberbatch di set Doctor Strange di Kathmandu, November 2015

Fotografi utama bermula di Nepal pada 4 November 2015 dengan penggambaran di dan sekitar Lembah Kathmandu termasuk Tokong Pashupatinath dan Swayambhunath;[38][39] Thamel and New Road in Kathmandu;[40] dan Patan Durbar Square di Patan.[41][42] Produksi berpindah ke Longcross Studios di United Kingdom pada November 11 dan dijadual berkekalan di sana sehingga awal tahun 2016.[43] Penggambaran juga dijangka mengambil tempat di Pinewood-Shepperton dan Shepperton Studios di UK,[20] serta di London, New York dan Hong Kong.[2] Menjelang akhir bulan November, Mikkelsen dan Stuhlbarg telah disahkan sebagai barisan pelakon[2] bersama Amy Landecker[44] dan Scott Adkins sebagai watak yang tidak dinyatakan.[45] Fotografi utama selesai di Bandar Raya New York pada 3 April 2016.

Rujukan

WikiPedia: Doctor_Strange_(filem) http://birthmoviesdeath.com/2015/06/28/expect-mind... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=marvel716.... http://collider.com/doctor-strange-movie-news-kevi... http://collider.com/joaquin-phoenix-doctor-strange... http://deadline.com/2014/10/benedict-cumberbatch-d... http://deadline.com/2014/10/joaquin-phoenix-doctor... http://deadline.com/2015/06/chiwetel-ejiofor-docto... http://www.deadline.com/2010/06/will-dr-strange-be... http://www.deadline.com/2014/06/marvel-setting-jon... http://www.deadline.com/2014/06/marvel-starts-doct...