Ecma_International
Ecma_International

Ecma_International

Ecma International ialah sebuah pertubuhan piawaian antara bangsa swasta bukan untung, untuk sistem maklumat dan komunikasi.[1] Namanya sekarang diperolehi pada tahun 1994, apabila Persatuan Pengeluar Komputer Eropah, (European Computer Manufacturers Association, ECMA) menukar namanya demi mencerminkan usaha dan aktivi globalnya. Akibatnya, nama 'Ecma' tidak lagi dianggap sebagai akronim dan tidak lagi menggunakan semua huruf besar.Pertubuhan ini diasaskan pada 1961 bagi memiawaikan sistem komputer di Eropah. Keahlian adalah terbuka kepada syarikar besar mahupun kecil seluruh dunia yang menghasilkan, memasarkan atau membangunkan sistem komputer atau komunikasi, dan mempunyai minat serta pengalaman dalam bidang yang diceburi oleh badan-badan teknikal kumpulan ini. Ia terletak di Geneva.

Ecma_International

Tujuan Pemiawaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Elektronik Pengguna
Bahasa rasmi Inggeris
Pembentukan 1961; 59 tahun yang lalu (1961)
Ibu pejabat Geneva
Organisasi utama Perhimpunan Agung
Kawasan berkhidmat Seluruh dunia
Laman sesawang www.ecma-international.org
Belanjawan yuran keahlian
Orang penting
  • Jochen Friedrich (Presiden)
  • István Sebestyén (Setiausaha)
  • Isabelle Valet-Harper (Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif)
Kependekan Ecma
Jenis Pertubuhan piawaian