Ekonomi_Kemboja
Ekonomi_Kemboja

Ekonomi_Kemboja

Pada tahun 2011, pendapatan per kapita Kemboja mengikut adalah $2,470 secara pariti kuasa beli dan $1,040 secara nominal. Pendapatan per kapita negara ini kian meningkat tetapi masih rendah berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain. Kebanyakan isirumah luar bandar bergantung pada sektor pertanian dan asas tani. Beras, ikan, kayu balak, pakaian, dan getah adalah eksport utama Kemboja. Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) memperkenalkan semula lebih daripada 750 varian beras tradisional ke Kemboja dari tabung benih padinya di Filipina.[1] Varian-varian tersebut dikumpul pada 1960-an.Menurut laporan akhbar Economist, IMF: purata pertumbuhan KDNK tahunan untuk tempoh 2001–2010 adalah 7.7%, menjadikan Kemboja dalam 10 negara paling tinggi purata pertumbuhan KDNK tahunan di dunia. Pelancongan adalah industri paling pesat berkembang dengan ketibaan pelawat meningkat dari 219,000 orang pada 1997 kepada lebih 2 juta pada 2007. Pada 2004, inflasi berada pada 1.7% dan eksportnya bernilai AS$1.6 bilion.China adalah sumber pelaburan langsung asing yang terbesar di Kemboja. China merancang untuk membelanjakan $8 bilion dalam 360 projek pada tujuh bulan pertama 2011. China juga merupakan sumber bantuan asing terbesar dengan mendermakan sebanyak $600 juta pada 2007 dan $260 juta pada 2008.Mendapan petroleum dan gas asli yang terdapat di bawah dasar laut wilayah Kemboja pada 2005 berpotensi tinggi tetapi rata-rata kurang dimanfaatkan kerana pertikaian wilayah dengan Thailand antara lainnya.[2][3]Bank Kebangsaan Kemboja adalah bank pusat negara ini yang mengawal selia sektor perbankan negara serta memainkan peranan dalam meningkatkan pelaburan langsung asing di negara. Dari 2010 ke 2012 bilangan bank dan institusi kewangan mikro yang terkawal meningkat dari 31 ke 70 buah, menandakan pembangunan pesat dalam sektor perbankan dan kewangan Kemboja.Pada 2012, Biro Kredit Kemboja ditubuhkan oleh Bank Kebangsaan dengan tujuan pemantauan langsung.[4] Biro Kredit ini meningkatkan lagi ketelusan dan kestabilan dalam sektor perbankan Kemboja kerana semua bank dan syarikat kewangan mikro kini diwajibkan untuk melaporkan fakta-fakta dan perangkaan yang tepat berkenaan prestasi pinjaman di negara.Salah satu cabaran paling getir yang dihadapi oleh Kemboja adalah hakikat bahawa rakyat jelata dewasa yang kurang bependidikan, terutamanya di kawasan desa yang mengalami ketiadaan prasarana asas. Kekhuatiran akan kembalinya keruntuhan politik dan rasuah dalam kalangan pemerintah menghindarkan pelaburan asing serta melengahkan bantuan asing, namun terdapat sejumlah bantuan yang banyak dari penderma yang berupa pertubuhan pelbagai bangsa. Para penderma membekalkan $504 juta kepada negara ini pada 2004,[5] sementara Bank Pembangunan Asia sahaja turut menawarkan pinjaman, geran, dan bantuan teknikal sebanyak $850 juta.[6] Syarikat-syarikat yang beroperasi di Kemboja sering berdepan dengan tuntutan sogokan apabila memohon lesen dan permit, terutamanya yang berkenaan pembinaan.[7]Kemboja menduduki kalangan tangga tercorot di dunia untuk kesatuan sekerja dalam Indeks Hak Asasi Global International Trade Union Confederation (ITUC) 2015, iaitu dalam kategori "tiada jaminan hak".'[8]

Rujukan

WikiPedia: Ekonomi_Kemboja http://goseasia.about.com/od/cambodia/g/cyclo.htm http://www.aha-kh.com/ http://www.artisansdangkor.com/shop/en/ http://www.business-anti-corruption.com/country-pr... http://www.clc-asia.com/the-struggle-between-thail... http://www.country-data.com/cgi-bin/query/r-2187.h... http://www.creditbureaucambodia.com/about-us/credi... http://investvine.com/cambodias-textile-industry-g... http://www.myfunkytravel.com/backpacking-route-sou... http://m.phnompenhpost.com/national/kingdom-ranked...