Pelancongan Ekonomi_Kemboja

Industri pelancongan adalah punca pendapatan mata wang utama kedua terbesar di Kemboja selepas industri pembuatan tekstil.[10] Dari Januari hingga Disember 2007, kedatangan pelancong sebanyak 2.0 juta orang, iaitu peningkatan sebanyak 18.5% dari tempoh yang sama pada 2006. Kebanyakan pelawat (51%) tiba melalui Siem Reap dan yang selebihnya (49%) melalui Phnom Penh dan lain-lain destinasi.[11]

Adalah dilaporkan bahawa kebanyakan pelancong adalah warganegara Jepun, Cina, Filipina, Amerika, Korea Selatan dan Perancis, malah industri pelancongan telah meraih sebanyak AS$1.4 bilion pada tahun 2007, iaitu hampir 10% daripada keluaran kebangsaan kasar negara tersebut. Pelancongan adalah salah satu industri tritunggak Kemboja. Taman bersejarah Angkor Wat di wilayah Siem Reap, pantai-pantai Sihanoukville dan ibu kota Phnom Penh adalah tarikan utama pelancong asing.[12]

Selain itu juga terdapat pekan tepi sungai Battambang di kawasan timur negara yang merupakan persinggahan utama jenis backpacker yang menjadi majoriti pengunjung ke Kemboja.[13] Kawasan sekitar Kampot dan Kep termasuklah Peranginan Bukit Bokor juga menarik minat pelancong. Pelancongan kian tahun kian meningkat ekoran kestabilan sejak pilihan raya anjuran UNTAC pada 1993. Pada 1993 terdapat 118,183 orang pelancong antarabangsa, pada 2009 pula jumlahnya 2,161,577 orang.[14]

Industri cenderamata pelancong Kemboja mengambil kerja ramai orang di sekitar tempat-tempat tarikan utama. Sudah tentu kualiti cenderamata yang dihasilkan itu tidak cukup untuk berdepan dengan peningkatan bilangan pelancong, bahkan majoriti produk yang dijual kepada pelancong di pasaran sebenarnya diimport dari negara Cina, Thailand dan Vietnam.[15] Antara cenderamata buatan tempatan adalah selendang tradisional krama, barangan tembikar seramik, sabun, lilin, rempah ratus,[16] hasil ukiran kayu, barang-barang sampang dan sadur perak,[17] dan botol berlukis cat yang mengandungi arak beras yang diseduh.

Pemandangan Angkor Wat di Siem Reap. Kini Angkor Wat adalah tarikan pelancong utama Kemboja yang dikunjungi warga seluruh dunia.

Rujukan

WikiPedia: Ekonomi_Kemboja http://goseasia.about.com/od/cambodia/g/cyclo.htm http://www.aha-kh.com/ http://www.artisansdangkor.com/shop/en/ http://www.business-anti-corruption.com/country-pr... http://www.clc-asia.com/the-struggle-between-thail... http://www.country-data.com/cgi-bin/query/r-2187.h... http://www.creditbureaucambodia.com/about-us/credi... http://investvine.com/cambodias-textile-industry-g... http://www.myfunkytravel.com/backpacking-route-sou... http://m.phnompenhpost.com/national/kingdom-ranked...