Ciri-ciri Enjin_kecil

Sistem injap enjin kecil selalunya dari jenis OHV. Contoh rekaan enjin kecil OHV yang masih popular sehingga sekarang ialah barisan enjin Honda GX, mula dikeluarkan pada awal 1980an.[2] Rekaan injap tepi masih digunakan kerana ia mudah dikeluarkan serta mudah diselenggara. Terdapat juga beberapa jenis enjin kecil seperti Siri Honda GC yang menggunakan sistem aci sesondol atas.[3] Model ini lebih mengutamakan prestasi serta kemudahan, berbanding ketahanan dan mudah diselenggara sebagai mana Siri GX.[3] Jika jentera kecil adalah dari jenis mudah alih seperti gergaji rantai, enjin yang digunakan mestilah daripada jenis dua lejang, kerana ia ringan serta penggunaan minyak 2T tidak akan menyebabkan enjin kejang kerana minyak pelincir beralih sebagai mana enjin empat lejang.

Sistem elektriknya juga amat ringkas serta tidak memerlukan bateri. Sistem elektrik enjin kecil hanya memerlukan magneto bagi sistem penyalaannya, sekaligus menyebabkan sistem penghidup tarik lazim digunakan. Enjin yang lebih besar boleh juga menggunakan penghidup elektrik tetapi ia memerlukan bateri sebagaimana kereta. Enjin kecil yang lebih moden menggunakan sistem penyalaan elektronik bebas selenggara bagi menggantikan sistem titik sesentuh.

Majoriti enjin kecil adalah dari jenis enjin petrol, tetapi ada juga enjin diesel kecil yang dikeluarkan, terutamanya yang bersaiz lebih besar. Sistem penyejuk udara adalah lazim, walaupun ada juga enjin kecil yang menggunakan sistem sejukan cecair. Hanya sedikit sahaja enjin kecil yang berbilang silinder, paling besar pun enjin V kembar.[4]

Sistem bahan api biasanya sangat mudah bagi enjin petrol. Tangki petrol ditempatkan di atas enjin supaya tenaga graviti boleh digunakan tanpa memerlukan pam bahan api. Karburetor yang digunakan biasanya dari jenis diafragma dan bukan jenis takungan. Belum ada lagi enjin kecil yang menggunakan sistem suntikan bahan api, walaupun sudah ada enjin kecil yang menggunakan penukar bermangkin untuk memenuhi keperluan peraturan alam sekitar bagi beberapa kawasan.

Mesin rumput rotari, dengan enjin aci menegak.

Kebanyakan aci engkol adalah melintang, dengan silinder menegak. Kebanyakan enjin menggunakan silinder yang dicondongkan 45° untuk mengurangkan ketinggiannya.