Rekabentuk Enjin_petrol

Kitaran kerja

Kitar enjin 4 lejang.

Enjin petrol direka sama ada dalam kitar empat lejang atau dua lejang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:

Susunan silinder

Susunan silinder yang lazim adalah dari 1-6 silinder sebaris ataupun 2-16 silinder bagi enjin V. Susunan lain adalah dalam bentuk rotari ataupun jejari; susunan jejari biasanya mempunyai 7-9 silinder (satu gelang) atau 10-14 silinder (2 gelang).

Penyejukan

Enjin petrol boleh jadi enjin sejukan udara, melalui sirip-sirip pada silinder, ataupun enjin sejukan cecair, melalui jaket air dan radiator. Bahan penyejuk pada asalnya ialah air tetapi kini menggunakan campuran air dan etilena glikol. Campuran ini mempunyai takat beku yang lebih rendah serta takat didih yang lebih tinggi daripada air tulen. Selain itu, cecair turut dikenakan sedikit tekanan bagi mengurangkan sejatan bahan penyejuk.

Nisbah mampatan

Nisbah mampatan adalah nisbah antara jumlah isipadu pada peringkat awal dan akhir lejang mampatan. Lazimnya, lebih tinggi nisbah mampatan, lebih cekap enjin beroperasi. Walau bagaimanapun, nisbah mampatan terpaksa dihadkan untuk mengelakkan pra-nyalaan campuran udara-bahan api yang seterusnya mengakibatkan ketukan enjin dan seterusnya kerosakan pada enjin. Enjin kereta moden umumnya mempunyai nisbah mampatan antara 9:1 dan 10:1, tetapi nisbah tersebut boleh jadi setinggi 11 atau 12:1 bagi enjin berprestasi tinggi yang menggunakan petrol beroktana tinggi, katakan RON98.

Penyalaan

Rencana utama: Sistem penyalaan

Enjin petrol menggunakan penyalaan bunga api oleh palam pencucuh dan arus elektrik voltan tinggi bagi palam pencucuh diperoleh daripada magneto ataupun gelung penyalaan. Di dalam enjin kereta moden, pemasaan penyalaan diuruskan oleh unit kawalan enjin elektronik.