Ernst_Udet
Ernst_Udet

Ernst_Udet

Kolonel Jeneral Ernst Udet (26 April 1896 – 17 November 1941) ialah seorang ace Jerman yang mendapat skor kedua tertinggi dalam Perang Dunia I. Beliau adalah salah seorang ace termuda dan merupakan ace Jerman yang mendapat skor tertinggi yang masih hidup selepas perang (pada usia 22 tahun).[1] 62 kemenangannya yang disahkan telah berada hanya ditempat kedua selepas Manfred von Richthofen, yang merupakan komandernya dalam Sarkis Terbang. Udet naik menjadi komander skuadron dibawah Richthofen, dan kemudian dibawah Hermann Göring.Susulan dari kekalahan Jerman, Udet menghabiskan masa pada tahun 1920an dan awal 1930an sebagai seorang juruterbang aerobatik, juruterbang lagak ngeri antarabangsa, pengeluar pesawat ringan, dan playboy. Pada tahun 1933, beliau menyertai Parti Nazi yang memerintah dan mula terlibat dalam pembangunan awal Luftwaffe. Beliau menggunakan kemahiran rangkaian untuk menjadi pengarah kajian dan pembangunan bagi tentera udara yang sedang berkembang. Beliau sangat berpengaruh dalam penggunaan teknik pengebom junam seperti Stuka. Menjelang 1 Februari 1939, Udet telah naik ke jawatan Ketua Pengarah Kelengkapan Luftwaffe merangkap Ketua Pejabat Perancangan Luftwaffe dan Inspektor Jeneral Pasukan Pejuang. Walau bagaimanapun, tekanan jawatan dan kebenciannya terhadap tugas-tugas pentadbiran menyebabkan peningkatan ketagihan arak.Apabila Perang Dunia II bermula, keperluan untuk kelengkapan Luftwaffe mengatasi kapasiti pengeluaran Jerman. Bekas sahabat Udet iaitu Hermann Göring telah mula berbohong kepada Adolf Hitler tentang kekurangan material ini selepas Luftwaffe kalah dalam Pertempuran Britain, maka kemarahan Führer dihalakan kepada Udet.Operasi Barbarossa, apabila Jerman menyerang Soviet Union lantas membuka barisan kedua dalam peperangan, didapati menjadi mimpi ngeri terakhir buat Udet. Pada 17 November 1941, beliau membunuh diri dengan menembak di kepala.

Ernst_Udet

Pangkat
Anugerah
Tahun perkhidmatan 1914–1919, 1934–1941
Unit Perang Dunia I: FA 68, FA(A) 206, KEK Habsheim, Jastas 4, 11, 15, 37
Kesetiaan
Pertempuran Perang Dunia I
Meninggal dunia 17 November 1941(1941-11-17) (umur 45)
Berlin
Arahan Perang Dunia I: Jasta 37, Jasta 4
Kelahiran 26 April 1896
Frankfurt am Main
Disemadikan Invalidenfriedhof di Berlin
Perkhidmatan

Rujukan

WikiPedia: Ernst_Udet http://www.acepilots.com/wwi/ger_udet.html http://www.histaviation.com/Udet_U-12_Udets_Flamin... http://www.historynet.com/magazines/aviation_histo... http://www.theaerodrome.com/aces/germany/udet.php http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://uli.nli.org.il/F/?func=direct&doc_number=00... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p072343788 http://isni.org/isni/000000005535347X http://www.riefenstahl.org/ https://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&...