Pengeluaran Eurofighter_Typhoon

Eurofighter Typhoon F2, pesawat satu tempat duduk Tentera Udara Diraja Britain. Versi pesawat latihan Eurofighter dua tempat duduk Tentera Udara Jerman.

Eurofighter Typhoon adalah pesawat tempur moden yang unik yang mana terdapat 4 kilang pemasangan yang berlainan. Setiap syarikat memasang pesawat negara masing-masing, tetapi mengeluarkan komponen-komponen yang sama untuk semua 620 buah pesawat.

  • Alenia Aeronautica – Sayap kiri, penutup kepak luar, bahagian fiuslaj belakang
  • BAE Systems – Fiuslaj depan (termasuk satah depan), kanopi, tulang belakang, sirip ekor, penutup kepak dalam, bahagian fiuslaj belakang
  • EADS Deutschland – Fiuslaj tengah utama
  • EADS CASA – Sayap kanan, bilah pinggir depan

Pengeluaran dibahagikan kepada 3 "tranches" (lihat jadual di bawah) dengan peningkatan keupayaan tambahan bagi setiap "tranche". "Tranche" kemudiannya dibahagikan lebih lanjut kepada kelompok dan blok, sebagai contoh bagi Tentera Udara Di Raja Britain; Tranche 1 pesawat 2 tempat duduk adalah kumpulan 1 T1 dan kumpulan 2 T1A.

Ringkasan jangkaan pengeluaran
NegaraTranche 1Tranche 2Tranche 3A[42]Jumlah
 Austria150015
 Jerman337931143
 Itali28472196
 Arab Saudi1244872
 Sepanyol19342073
United Kingdom536740[43]160
Jumlah148299112[42]559
Nota: Perubahan dalam pesanan Austria daripada 6 buah Tranche 1 dan 12 buah Tranche 2 kepada 15 buah Tranche 1 menyebabkan penurunan kuantiti pesawat Tranche 1 untuk empat buah negara kongsi, dan peningkatan bagi jumlah pesawat Tranche 2. 24 buah pesawat Arab Saudi diambil dari pengeluaran Tranche 2 untuk UK, dan akan digantikan semasa fasa akhir pengeluaran Tranche 2, tetapi kini akan dibandingkan dengan jumlah pesawat Tranche 3A UK. Ini menandakan penurunan sebanyak 24 buah pesawat dari jumlah pesanan UK.[44]

Eksport

Negara-negara yang mengoperasi atau memesan pesawat Eurofighter Typhoon.

Pada 1999, kerajaan Greek bersetuju untuk memiliki 60 pesawat Typhoon untuk mengantikan angkatan pesawat tempur generasi ke-2nya.[45] Bagaimanapun, pembelian ini telah ditangguhkan disebabkan kekangan belanjawan, sebahagian besarnya disebabkan oleh program pembangunan lain dan keperluan untuk memperolehi kembali kos Sukan Olimpik Athens pada tahun 2004. Pada Jun 2006, kerajaan mengumumkan pelan perolehan kira-kira €22 bilion bertujuan untuk menyediakan rangka kerja belanjawan yang diperlukan untuk membolehkan pembelian pesawat pejuang terkini dalam masa 10 tahun akan datang. Pada masa sekarang, pesawat Typhoon sedang dinilai untuk memenuhi keperluan berikut.[46]

Pada 2 Julai 2002, kerajaan Austria mengumumkan keputusan untuk membeli pesawat Typhoon sebagai pesawat pesawat pertahanan udara barunya. Pembelian 18 buah pesawat Typhoon dimuktamadkan pada 1 Julai 2003, dan ia termasuk 18 buah pesawat, latihan juruterbang dan krew sokongan, logistik, penyelenggaraan, dan simulator. Masa depan pesanan ini dipertikaikan di parlimen Austria.[47] Pada 26 Jun 2007, Menteri Pertahanan Austria, Norbert Darabos telah mengumumkan pengurangan jumlah pesawat kepada 15 buah.[48] Pada 12 Julai 2007, pesawat pertama daripada 15 buah Eurofighter telah dihantar ke Austria dan secara rasminya berkhidmat dengan Tentera Udara Austria.[49]

Selepas kempen yang tidak berjaya di Korea Selatan dan Singapura,[50] pada 18 Ogos 2006, Arab Saudi memgumuman persetujuan untuk membeli 72 buah pesawat Typhoon.[51] Pada November dan Disember, laporan menyatakan Arab Saudi mengugut untuk membeli pesawat Rafale buatan Perancis disebabkan oleh siasatan oleh Pejabat Penipuan Berat Britain dalam perjanjian pertahanan Al Yamamah yang mana berlaku dalam tahun 1980-an.[52] Walau bagaimanapun pada 14 Disember 2006 pengumumkan dibuat yang menyatakan Pejabat Penipuan Berat Britain telah "menghentikan" penyiasatan terhadap BAE. Kenyataan oleh wakil kepada Pengarah Jabatan dan Peguam Negara boleh disimpulkan kepada keputusan mengambil kira kepentingan orang ramai "untuk melindungi keselamatan negara dan antarabangsa" yang mana jauh lebih penting daripada manfaat yang mungkin diperolehi dari siasatan lanjut terhadap kes ini.[53] The Times telah menyatakan kemungkinan pesawat asal untuk Tentera Udara Di Raja Britain akan dipindahkan sebagai penghantaran awal pesawat untuk Arab Saudi, dengan perkhidmatan tahap operasinya mungkin ditunda sehingga penghantaran semua pesawat dilakukan.[54] Penyusunan ini menyamai proses peralihan pesawat Tornado daripada Tentera Udara Di Raja Britain ke Tentera Udara Di Raja Arab Saudi pada satu lepas. Bagaimanapun The Times juga telah melaporkan penyusunan ini akan menjadikan komitmen perolehan daripada Britain untuk pesawat Eurofighter Tranche 3 lebih pasti.[54] Pada 17 September 2007 Arab Saudi mengesahkan bahawa kontrak bernilai GB£4.43 bilion untuk perolehan 72 pesawat telah ditandatangani.[11]

Pada Mac 2007, Jane's Information Group melaporkan pesawat Typhoon menjadi pilihan untuk memenangi pertandingan untuk membekalkan Jepun dengan pesawat generasi baru.[55] Pada masa ini, pesaing-pesaing lain adalah F/A-18E/F Super Hornet dan F-15E Strike Eagle.[55] Pada 17 Oktober 2007, Menteri Pertahanan Jepun Shigeru Ishiba mengesahkan kemungkinan Jepun untuk memperolehi pesawat Typhoon. Walaupun beliau mengatakan bahawa F-22 Raptor adalah pesawat "luar biasa", ia tidak semestinya "menjadi satu keperluan kepada Jepun", dan pesawat Typhoon adalah merupakan pilihan terbaik.[56]

Pelanggan berpotensi lain untuk pesawat Typhoon ialah Bulgaria, India,[57] Denmark,[58] Pakistan[59] dan Romania.[60] BAE SYSTEMS juga melaporkan bahawa pesawat Typhoon pada masa ini dipromosikan secara aktif "...untuk beberapa pasaran lain termasuk Greece, Norway, Denmark, Switzerland, Turki dan Jepun". [61]

Rujukan

WikiPedia: Eurofighter_Typhoon http://eurofighter.airpower.at/cockpit-pilotenausr... http://eurofighter.airpower.at/faq.htm http://www.airpower.at/news07/0627_eingespart/inde... http://www.eurofighter.at/ http://www.parlinkom.gv.at/pls/portal/docs/page/PG... http://www.air-attack.com/news/news_article/2615/1... http://www.airforce-technology.com/projects/ef2000... http://www.autofluglibelle.com/html/libelle.html#l... http://www.baesystems.com/ProductsServices/autoGen... http://www.baesystems.com/newsroom/2003/feb/200203...