Euro
Euro

Euro

Euro (simbol: €; kod perbankan: EUR) merupakan mata wang rasmi di negara-negara zon euro iaitu Austria, Belanda, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, Ireland, Itali, Jerman, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta,Perancis, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol dan Yunani. Lithuania menerima pakai euro sebagai mata wang rasmi menggantikan matawang litas yang sebelumnya pada 1 Januari 2015.[1] Euro merupakan mata wang tunggal untuk 320 juta warga Eropah. Dengan jumlah edaran sebanyak €610 bilion pada Disember 2006, euro merupakan mata wang yang mempunyai nilai tergabung yang tertinggi di dunia, melebihi dolar AS.[2][3]Euro diperkenalkan kepada pasaran dunia pada tahun 1999 sebagai mata wang perakaunan dan mula digunakan secara fizikal (iaitu sebagai syiling dan wang kertas) pada 1 Januari 2002 menggantikan Unit Mata Wang Eropah yang terdahulu pada kadar 1:1.Euro diurus dan dikawal oleh Bank Pusat Eropah (ECB), yang beribu pejabat di Frankfurt, dan Sistem Bank-bank Pusat Eropah (ESCB) yang terdiri daripada bank pusat setiap negara ahli zon euro. ECB mempunyai kuasa tunggal menentukan dasar mata wang, manakala ESCB membantu dalam mencetak, mengilang dan mengagihkan kertas wang dan syiling di setiap negara ahli, serta operasi segala sistem pembayaran zon euro.Meskipun setiap negara ahli Kesatuan Eropah (EU) layak menyertai zon euro jika memenuhi beberapa permintaan kewangan, tidak semua ahli EU menggunakan mata wang ini. Setiap negara yang memeterai Perjanjian Maastricht 1993 telah berjanji untuk menggunakan euro pada suatu masa tertentu; namun United Kingdom dan Denmark enggan menyertai zon euro.[4] Sweden menolak penggunaan euro melalui sebuah referendum pada 2003, serta sengaja tidak memenuhi permintaan kewangan supaya tidak layak menyertai zon euro. Negara-negara Eropah yang bersaiz kecil iaitu Andorra, Kota Vatikan, Monaco dan San Marino yang bukan ahli EU menggunakan euro kerana mempunyai kesatuan mata wang dengan negara yang menyertai zon euro. Montenegro dan Kosovo juga menggunakan euro walaupun bukan ahli EU. Liechtenstein, sebuah negara kecil, terus menggunakan franc Switzerland.

Euro

Pihak pencetak
Sumber European Central Bank, Disember 2007
Sen See article
1/100 Sen
pengunaan sebenar bergantung kepada bahasa tempatan
Laman sesawang
Kaedah HICP
Inflasi 3.0%
Jarang digunakan 1 dan 2 sen
(seperti di Finland, Belanda dan Belgium)
Kerap digunakan 1, 2, 5, 10, 20, 50 sen, €1, €2
melainkan pengunaan yang jarang itu dinyatakan
Simbol mata wang
Kod EUR (num. 978)
Bank pusat Bank Pusat Eropah
Pengguna tidak rasmi
Akrotiri dan Dhekelia
 Kosovo
 Montenegro
Pengguna rasmi
Dipancang oleh