Kelainan Eurofighter_Typhoon

Pesawat protaip semasa Pertunjukan Udara Dubai pada tahun 1998. Perhatikan pelbagai panji-panji tentera udara: (dari kiri ke kanan) Sepanyol Ejército del Aire, Itali Aeronautica Militare, Britain Tentera Udara Diraja British, dan Luftwaffe.

Pesawat Eurofighter telah dikeluarkan dalam 3 versi berbeza; 7 Pesawat Pembangunan (DA), 5 pesawat standard pengeluaran (Instrumented Production Aircraft-IPA) untuk pembangunan sistem lanjutan dan Turutan Pesawat Pengeluaran. Turutan Pesawat Pengeluaran adalah pesawat yang berada dalam perkhidmatan tentera udara pada masa ini.

Pesawat Tranche 1 dikeluarkan bermula sejak tahun 2000. Keupayaan pesawat ditingkatan secara beransur-ansur, setiap tingkat upaya perisian menyebabkan perbezaan piawai, dikenali sebagai blok.[62] Dengan pengenalan piawai Blok 5, program penyesuaian R2 dimulakan untuk menaik taraf semua pesawat ke piawai Blok 5.[62]

Tranche 1
  • Blok 1
  • Blok 2 : Keupayaan asas persenjataan Udara-ke-Udara.
  • Blok 2B : Keupayaan penuh persenjataan Udara-ke-Udara.
  • Blok 5 : Keupayaan Penuh Operasi (FOC) dengan gabungan tugas keupayaan Udara-ke-Udara sedia ada dengan Udara-ke-darat.
Tranche 2
  • Blok 8 : Komputer misi baru diperlukan untuk diintegrasikan dengan persenjataan akan datang seperti Meteor, Storm Shadow dan Taurus. (Perbezaan dengan pesawat Tranche 1 adalah berkaitan perubahan teknologi pengeluaran dan usang).

Rujukan

WikiPedia: Eurofighter_Typhoon http://eurofighter.airpower.at/cockpit-pilotenausr... http://eurofighter.airpower.at/faq.htm http://www.airpower.at/news07/0627_eingespart/inde... http://www.eurofighter.at/ http://www.parlinkom.gv.at/pls/portal/docs/page/PG... http://www.air-attack.com/news/news_article/2615/1... http://www.airforce-technology.com/projects/ef2000... http://www.autofluglibelle.com/html/libelle.html#l... http://www.baesystems.com/ProductsServices/autoGen... http://www.baesystems.com/newsroom/2003/feb/200203...