Sejarah Eurofighter_Typhoon

Lihat juga: Garis masa Eurofighter Typhoon.

Pembangunan

Britain telah mengenal pasti keperluan untuk pesawat pejuang baru seawal tahun 1971. Spesifikasi AST 403, telah dikeluarkan oleh Staf Udara pada 1972, menghasilkan reka bentuk konvensional "berekor" yang dikenali sebagai P.96, yang mana telah diperkenalkan pada akhir 1970-an. Walaupun reka bentuk pesawat mungkin memenuhi keperluan Staf Udara, industri penerbangan Britain merasa sangsi disebabkan ia menyamai pesawat F/A-18 Hornet, yang mana pada itu sedang dibangunkan. Reka bentuk pesawat mempunyai potensi untuk dibangunkan pada masa depan, dan apabila pesawat ini dikeluarkan ia dijangka akan menembusi pasaran eksport yang dikuasai oleh pesawat F/A-18 Hornet.[12] Pada masa yang sama, pada 1979 Jerman Barat memerlukan pesawat pejuang baru yang membawa kepada pembangunan konsep TFK-90.[13] This was a cranked delta wing design with forward canard controls and artificial stability. Walaupun pereka British Aerospace menolak beberapa ciri-ciri reka bentuk termaju pesawat ini seperti muncung enjin vektor dan kawalan lubang trailing-edge, mereka telah bersetuju dengan konfigurasi keseluruhan.

Pada tahun 1979, British Aerospace dan Messerschmitt-Bölkow-Blohm mengemukakan cadangan rasmi kepada kerajaan masing-masing untuk ECF (Pesawat Pejuang Usahasama Eropah)[14] atau Pesawat Tempur Eropah.[15] Pada Oktober 1979 Dassault menyertai kumpulan ECF untuk penyelidikkan 3-negara, yang mana dikenali sebagai Pesawat Tempur Eropah.[14] Pada ketika inilah nama Eurofighter digandingkan pada pesawat ini.[16] Pembangunan prototaip pelbagai negara diteruskan. Perancis mengeluarkan pesawat ACX. Britain pula menghasilkan 2 reka bentuk. Pesawat P.106 adalah pesawat pesawat pejuang "ringan" satu enjin, pada zahirnya menyamai pesawat JAS 39 Gripen, manakala pesawat P.110 adalah pesawat pesawat pejuang 2 enjin. Konsep pesawat P.106 telah ditolak oleh Tentera Udara Diraja Britain, berdasarkan hujah pesawat ini mempunyai "separuh daripada kecekapan dan pada 2/3 harga pesawat 2 enjin".[12] Jerman Barat menyambung usaha untuk memperhalusi konsep pesawat TFK-90.[15] Projek pesawat ECA telah gagal pada tahun 1981 di sebabkan oleh beberapa faktor termasuk perbezaan keperluan, desakan Dassault untuk "mengetuai reka bentuk" dan pilihan Britain untuk menggunakan enjin terbaru RB199 berbanding pilihan Perancis, enjin terbaru SNECMA M88.[16]

Akibatnya para rakan kongsi iaitu Panavia (BAe, MBB dan Aeritalia) melancarkan program Pesawat Tempur Lincah (Agile Combat Aircraft-ACA) pada bulan April 1982.[17] Pesawat ACA menyamai pesawat BAe P.110 dengan rekabentuk sayap delta, kanard dan berekor kembar. Satu perbezaan luaran yang ketara adalah penukaran lubang udara enjin dari rekabentuk lekapan tepi kepada lubang udara enjin berdagu. Pesawat ACA akan dilengkapi dengan enjin RB199 yang diubah suai. Kementerian Pertahanan Britain bersetuju untuk menanggung 50% kos daripada kos dan 50% selebihnya akan disediakan oleh pihak industri. Syarikat MBB dan Aeritalia menyasarkan untuk mengeluarkan 2 buah pesawat, setiap satu oleh Warton dan MBB. Pada Mei 1983 BAe telah mengumumkan kontrak bersama Kementerian Pertahanan Britain untuk membangunkan dan menghasilkan pesawat demonstrasi ACA, iaitu Program Pesawat Eksperimen.[17]

Pada 1983 Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol melancarkan program Pesawat Pejuang Masa Depan Eropah atau (Future European Fighter Aircraft-FEFA). Pesawat ini mesti mempunyai keupayaan STOL dan Beyond Visual Range (BVR). Pada 1984, Perancis menekankan keperluannya untuk versi pengoperasian di atas kapal pengangkut pesawat dan menuntut agar diberi tugas untuk mengetuai program. Britain, Jerman Barat dan Itali memilih untuk keluar daripada program ini dan menubuhkan program baru pesawat EFA.[15]

Di Turin pada 2 Ogos 1985 Itali, Jerman Barat dan Britain telah bersetuju untuk meneruskan program Eurofighter. Pengumuman perjanjian ini mengesahkan bahawa Perancis, bersama-sama Sepanyol, memilih untuk tidak meneruskan keanggotaan dalam projek ini.[18] Meskipun terdapat tekanan daripada Perancis, Sepanyol kemudiannya telah menyertai kembali projek Eurofighter pada awal bulan September 1985.[19] Perancis secara rasminya berundur daripada projek untuk menyambung kembali projek pesawat ACX, yang mana kemudiannya dikenali sebagai Dassault Rafale.

Eurofighter Typhoon T1 daripada Tentera Udara Diraja British. Garis gelap di tengah fuislaj adalah ekzos Unit Kuasa Bantuan.

Pada tahun 1985 juga pesawat BAe EAP telah dikeluarkan di BAe Warton, yang dibiayai sendiri oleh MBB dan BAe. Pesawat EAP melakukan penerbangan sulung pada 6 Ogos 1986.[20] Pesawat Eurofighter membawa persamaan dengan pesawat EAP. Kerja reka bentuk berlanjutan untuk 5 tahun berikutnya dengan menggunakan data daripada pesawat EAP. Keperluan jumlah awal pesawat adalah: Britain: 250, Jerman: 250, Itali: 165 dan Sepanyol: 100. Pengeluaran pesawat dibahagikan di antara negara-negara berdasarkan perkadaran jangkaan pembelian pesawat iaitu - British Aerospace (33%), DASA (33%), Aeritalia (21%), dan Construcciones Aeronáuticas SA (CASA) (13%).

Tahun 1986 juga menyaksikan penubuhan syarikat Eurofighter Jagdflugzeug GmbH yang berpusat di Munich yang akan mengendalikan pembangunan projek[21] dan EuroJet Turbo GmbH, persekutuan Rolls-Royce, MTU Aero Engines, FiatAvio (now Avio) dan ITP untuk pembangunan EJ200.

Sehingga tahun 1990, pemilihan radar pesawat menjadi halangan terbesar. Britain, Itali dan Sepanyol menyokong penggunaan radar ECR-90 yang dibangunkan oleh Sistem Pertahanan Ferranti, manakala radar Jerman berasaskan model APG-65 iaitu MSD2000 (kerjasama di antara Hughes (daripada AS), AEG dan GEC-Marconi). Persetujuan telah dicapai selepas Setiausaha Pertahanan Britain Tom King menyakinkan rakan sejawat daripada Jerman Gerhard Stoltenberg bahawa kerajaan Britain akan menaja jamin projek dan membenarkan GEC untuk memiliki syarikat Sistem Pertahanan Ferranti daripada syarikat induknya yang bermasalah. Oleh sebab itu, GEC kemudiannya menarik balik sokongannya terhadap radar MSD2000.[22]

Ujian

Penerbangan sulong pesawat prototaip Eurofighter dilakukan pada 27 Mac 1994.[1] Ketua Juruterbang Ujian Dasa, Peter Weger telah menerbangkan pesawat prototaip untuk ujian penerbangan di sekitar Bavaria. Pada 1990-an, berlaku pertikaian yang ketara berkenaan pembahagian tugas, spesifikasi pesawat malah penglibatan projek.

Pada Mei 2007, Pesawat Pembangunan Eurofighter ke-5 melakukan penerbangan pertama dengan menggunakan sistem demonstrasi CAESAR (Radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif atau AESA, CAPTOR),[23] Pembangunan Euroradar CAPTOR menggabungkan teknologi Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif-(AESA).

Pesawat Eurofighter Typhoon juga telah diuji di Vidsel, Sweden di mana ia telah didedahkan kepada keadaan suhu yang terlampau (dibawah -31˚C).

Penerbangan sulong pesawat Instrumented Production Aircraft 7 (IPA7), pesawat pertama dilengkapi sepenuhnya dengan Tranche 2 , berlepas dari lapangan terbang EADS, di Manching pada 16 Januari 2008.[24]

Semasa dibangunkan, versi pengeluaran bagi radar CAPTOR-E dicadangkan sebagai sebahagian daripada Eurofighter Tyhpoon Tranche 3 bermula pada 2012. Pesawat Tranche 2 tidak menggunakan radar AESA, tetapi radar pengimbas mekanikal, Captor-M yang menggabungkan keperluan berat dan ruang untuk kemungkinan tingkat upaya standard CAESAR (AESA) pada masa depan.[25]

Pengeluaran

Kontrak pengeluaran pertama telah ditandatangani pada 30 Januari 1998 di antara Eurofighter GmbH, Eurojet dan NETMA.[26] Jumlah perolehan pesawat seperti berikut: Britain 232, Jerman 180, Itali 121, dan Sepanyol 87. Pengeluaran pesawat adalah diperuntukkan berdasarkan jangkaan perolehan negara-negara berikut: British Aerospace (37%), DASA (29%), Aeritalia (19.5%), dan CASA (14%).

Pada 2 September 1998, majlis penamaan telah diadakan di Farnborough, England. Nama Typhoon secara rasminya diterima pakai, walau bagaimanapun ia untuk pesawat versi eksport sahaja. Laporan menyatakan ia ditentang oleh Jerman; Pesawat Hawker Typhoon adalah pesawat pejuang-pengebom yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain semasa Perang Dunia II menentang sasaran-sasaran di Jerman.[27] Pada September 1998, kontrak ditandatangani untuk pengeluaran 148 buah pesawat Tranche 1 dan perolehan barang masa-menunggu lama untuk pesawat Tranche 2.[28]

Peningkatan Kos

Pada 1988, Setiausaha Negara memberitahu Parlimen Britain bahawa Pesawat Pejuang Eropah akan "menjadi projek utama, dan menelan belanja sebanyak kira-kira GB£7 bilion kepada Britain".[29] Anggaran yang lebih realistik kemudiannya adalah GB£13 bilion,[30][31] terdiri daripada GB£3.3 bilion kos pembangunan[32] dengan tambahan GB£30 juta bagi setiap buah pesawat.[33] Sehingga 1997, kos anggaran adalah GB£17 bilion; pada 2003, GB£20 bilion, dan tarikh mula berkhidmat (2003; ditakrifkan sebagai tarikh penghantaran pesawat pertama kepada Tentera Udara Diraja Britain) adalah 54 bulan lewat.[34][35] Sejak 1993, Kementerian Pertahanan enggan untuk mendedahkan kos anggaran terkini atas alasan 'kesensitifan perdagangan'.[36] Komitmen Britain terhadap 88 buah pesawat Tranche 3 diragui,[37] terkini pada Januari 2008.[38]

Kajian yang dilakukan oleh Pejabat Komunikasi & PR Eurofighter dengan menggunakan angka pada 1997 dan 2003 untuk mempertikaikan kenaikan kos dan kelewatan program Eurofighter jika dibandingkan secara adil dengan pesawat F/A-22 Raptor (14% terlebih belanjawan dan 54 bulan lewat berbanding 127% terlebih belanjawan dan 117 bulan lewat) atau projek-projek pertahanan yang lain seperti projek kapal selam Kelas Astute, Britain yang mana 35% terlebih belanjawan dan 43 bulan lewat.[39]

Kelewatan

Politik

Pada lewat 1990-an, kerajaan Jerman kelihatan tidak begitu senang untuk meneruskan projek. Tentera Udara Jerman diarahkan untuk mencari penyelesaian alternatif termasuk meneliti kaedah pelaksanaan yang lebih murah untuk projek Eurofighter. Kekhuatiran Jerman terhadap projek Eurofighter meletus pada Julai 1992 apabila Jerman mengambil keputusan untuk meninggalkan projek. Bagaimanapun, disebabkan oleh pendirian keras Jerman di awal permulaan projek, semua rakan kongsi telah terikat dengan kontrak komitmen dan mendapati mereka sukar untuk menarik diri daripada projek ini.

Pada 1995 kebimbangan mengenai pembahagian agihan kerja ditimbulkan. Sejak penubuhan projek Eurofighter, pembahagian agihan kerja telah dipersetujui pada kadar 33/33/21/13 (Britain/Jerman/Itali/Sepanyol) berdasarkan jumlah pesanan pesawat daripada negara-negara penyumbang. Bagaimanapun, semua negara telah mengurangkan jumlah pesanan pesawat masing-masing. Britain mengurangkan pesanannya dari 250 ke 232, Jerman dari 250 ke 180, Itali dari 165 ke 121 dan Sepanyol dari 100 ke 87. Berdasarkan jumlah pesanan baru ini, pembahagian agihan sepatutnya 39/24/22/15 (Britain/Jerman/Itali/Sepanyol). Jerman bagaimanapun tidak bersetuju untuk menyerahkan sejumlah besar agihan kerja. Pada Januari 1996, setelah rundingan yang berlanjutan di antara rakan kongsi Britain dan Jerman, satu tolak ansur telah dicapai di mana Jerman akan menambah 40 buah pesawat bermula pada tahun 2012. Pembahagian agihan kerja sekarang ialah 43% untuk EADS MAS di Jerman dan Sepanyol; 37.5% untuk BAE Systems, Britain; dan 19.5% untuk Alenia, Itali.[40]

Peristiwa terpenting berlaku di Pameran Udara Farnborough pada September 1996. Britain telah mengumumkan pembiayaan untuk peringkat pembinaan projek. Pada November 1996, Sepanyol mengesahkan pesanannya tetapi Jerman sekali lagi lewat dalam membuat keputusan. Setelah aktiviti rundingan diplomatik antara Britain dan Jerman, pembiayaan jangka pendek sebanyak DM 100 million ( 51 million) diatur oleh kerajaan Jerman pada Julai 1997 untuk menyambung ujian penerbangan. Rundingan selanjutnya akhirnya membuahkan hasil apabila Jerman meluluskan perolehan pesawat Eurofighter pada Oktober 1997.

Teknikal

Pada 21 November 2002, DA-6, pesawat prototaip 2 tempat duduk Sepanyol terhempas disebabkan oleh "double engine flame-out",[41] dikaitkan dengan standard percubaan enjin ujian yang digunakan oleh pesawat. Pesawat ini mengalami kerosakkan yang teruk tetapi kedua-dua krew terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Rujukan

WikiPedia: Eurofighter_Typhoon http://eurofighter.airpower.at/cockpit-pilotenausr... http://eurofighter.airpower.at/faq.htm http://www.airpower.at/news07/0627_eingespart/inde... http://www.eurofighter.at/ http://www.parlinkom.gv.at/pls/portal/docs/page/PG... http://www.air-attack.com/news/news_article/2615/1... http://www.airforce-technology.com/projects/ef2000... http://www.autofluglibelle.com/html/libelle.html#l... http://www.baesystems.com/ProductsServices/autoGen... http://www.baesystems.com/newsroom/2003/feb/200203...