Penerbitan Evolusi_KL_Drift

Evolusi KL Drift merupakan filem sulung arahan Syamsul Yusof dengan kos pembikinan yang paling tinggi sebanyak RM2 juta termasuk promosi. Tempoh penggambaran selama 35 hari telah berlanjutan hingga 38 hari, pada Jun dan Julai 2007 dan menyebabkan kos meningkat berpuluh-puluh ribu untuk sehari penggambaran.[1] Tidak seperti filem Impak Maksima, filem ini tidak menggunakan teknologi CGI langsung untuk nampak lebih jitu.[1][3]

Datuk Yusof Haslam berkata hanya 10% idea diberikan kepada Syamsul. Selebihnya, kebebasan berkarya diberikan sepenuhnya kepadanya. Dari segi suntingan juga, Syamsul banyak memberi ideanya sendiri. Filem ini menggunakan 3-4 buah kamera dan menggunakan teknik On Cam Life Action. Filem ini adalah kisah remaja yang terlibat dengan isu sosial remaja. Filem ini tidak menggunakan seorang pun pelakon dewasa atau veteran. Semuanya pelakon remaja.[1] Sebanyak 10% idea dari bapanya, dan selainnya adalah hasil Syamsul termasuklah dalam kerja-kerja suntingan.[1]

Filem yang dihasilkan bersama Grand Brilliance, selepas usahasama mereka yang terakhir, Pasrah, pada tahun 2000, filem ini membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Iqram Dinzly, Fasha Sandha, Farid Kamil dan Syamsul sendiri, pastinya memberikan satu kelainan kepada para peminat filem aksi di Malaysia. Filem ini turut mendapat tajaan dari syarikat pengeluar tayar terkemuka dari Jepun, Toyo Tires.[1]