Kesinambungan Evolusi_KL_Drift

Evolusi KL Drift 2 (2010)

Rencana utama: Evolusi KL Drift 2

Sekuel filem ini, Evolusi KL Drift 2 telah ditayangkan di pawagam-pawagan di seluruh negara, termasuk Singapura dan Brunei pada 25 Mac 2010 dengan belanjawan yang sama 2.5 juta dan meraih kutipan hampir RM4 juta ringgit daripada pendahulunya.[5] Difahamkan bahawa pelakon utamanya, Fasha Sandha dan Diana Danielle mengumumkan menarik diri dari berlakon dalam filem ini.[6]

Evolusi KL Drift: The Series (2012–13)

Pada pertengahan 2012, Skop Productions telah mengumumkan akan menerbitkan drama adaptasi filem ini, bertajuk Evolusi KL Drift: The Series. Pada 7 September 2012, treler siri ini telah dimuatnaik di YouTube yang juga menyatakan tarikh keluaran. Ia disiarkan secara rasmi pada 4 Oktober 2012 di RTM TV2 dan menampilkan pelakon asal filem ini dengan penambahan pelakon baru.[7]