Pelakon Evolusi_KL_Drift:_The_Series

Pelakon utama

Syamsul Yusof kembali melakonkan watak sebagai Zack.Zain Saidin melakonkan watak sebagai Sham dalam drama ini, menggantikan Farid Kamil yang melakonkan watak sama dalam versi filem.
  • Syamsul Yusof sebagai Zack — Dibesarkan dalam keluarga berada, Zack yang meminati lumba kereta drift bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kereta. Bapanya ialah seorang tokoh korporat berjaya dan memiliki syarikat automotif di Kuala Lumpur, Zack lebih suka bekerja dengan orang lain daripada keluarganya sendiri kerana ingin mencari kepuasan dalam menimba pengalaman. Seorang yang berdikari, Zack tidak mahu terlalu bergantung kepada bapanya yang begitu tegas, dia terjebak dengan percintaanya dengan Tasha, dan berusaha sedaya upaya untuk membimbing Zack ke jalan benar.
  • Zain Saidin sebagai Sham — Rakan karib kepada Zack, bekerja di bengkel sama seperti Zack, Rizal dan Razi. Sham bercita-cita untuk mempunyai bengkel kereta sendiri, dia juga jatuh cinta dengan Tasha tetapi dicemburui oleh Zack.
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Tasha — Tasha ialah seorang pelajar kolej, dibesarkan dalam keluarga berada dan bermasalah, sering berkunjung ke kelab malam bagi melepaskan tekanan. Tasha yang mempunyai masalah dengan keluarganya yang datangnya daripada bapanya yang merupakan seorang kaki perempuan, meminati sukan drift dan ketika itulah beliau bertemu dengan Zack.
  • Norman Hakim sebagai Joe — Orang kanan kepada Dino, Joe mempunyai banyak konflik serta dilema dalam kehidupannya yang membuatkannya terlibat dengan jenayah. Perjalanan kehidupannya begitu berombak kerana konfliknya bersama keluarganya. Mempunyai masalah keluarga, Joe telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Lisa, tetapi telah bercerai. Pada masa yang sama, Joe amat menyayangi keluarganya terutamanya Lisa.

Pelakon undangan

Aaron Aziz memegang watak sebagai Dino.
  • Aaron Aziz sebagai Dino — Dino ialah seorang ketua samseng yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi daripada Joe, mengetuai satu kumpulan yang menjalankan kegiatan haram, terlibat dengan perlumbaan drift dan pengedaran dadah.
  • Lana Nodin sebagai teman wanita Karim

Pelakon pembantu

  • Saiful Nizen Ayob sebagai Karl — Orang kanan Joe.
  • Ammar Alfian sebagai Ery — Orang kanan Joe.
  • Syafiq Yusof sebagai Daniel — Adik kepada Zack. Tidak seperti abangnya, Daniel lebih suka bekerja di syarikat bapanya dan berusaha untuk memujuk abangnya supaya bekerja dengan keluarganya. Merapatkan silaturrahim antara abangnya dan bapanya.
  • Rizal Ashreff sebagai Rizal — Rakan karib Zack, bekerja di bengkel sama seperti Sham, Zack dan Radzi.
  • Zach X Factor sebagai Faliq — Abang kepada Tasha, Faliq ialah seorang yang sangat tegas dengan adiknya yang suka bersosial, suka mengongkong adiknya kerana tidak mahu kehidupan Tasha hancur.
  • Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Hashim — Datuk Hashim ialah seorang tokoh korporat berjaya dan memiliki sebuah syarikat automotif dan bapa kepada Zack dan Daniel.
  • Aida Khalida sebagai Datin Faridah — Datin Faridah ialah ibu kepada Zack dan Daniel.
  • Julia Hana sebagai Maria — Bekas isteri Joe.
  • Ridzuan Hashim sebagai Karim (bapa Faliq dan Tasha)
  • Raja Noor Baizura sebagai ibu Faliq dan Tasha
  • Reen Rahim sebagai Amy — Rakan karib Tasha
  • Sura Sojangi sebagai Dina — Rakan karib Tasha
  • Ruzzlan Abdullah Shah sebagai pemilik bengkel
  • XY Zakari sebagai Radzi
  • Taib Mahmud sebagai Budin — Budin ialah bekas bapa mentua Joe, bapa kepada Maria dan datuk kepada Lisa.
  • Raffi Hussain sebagai Rafi — Rafi ialah teman lelaki Maria, kemudian mengahwininya. Tetapi cuba memperkosa Lisa, namun niatnya berjaya dihalang oleh Budin.
  • Syamiem Elnisa sebagai Lisa (anak perempuan Joe)