Penerbitan Evolusi_KL_Drift:_The_Series

Pada Jun 2012, Skop Productions telah mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan filem ini dalam bentuk drama bersiri sebanyak dua musim dan 26 episod yang dijangka bakal ditayangkan di TV2 bermula awal Oktober 2012, selepas dua siri filem Evolusi KL Drift mendapat sambutan positif daripada penonton. Bagi memberi kelainan dari segi sentuhan, Skop Productions telah memberi tanggungjawab mengarahkan drama ini kepada Syafiq Yusof[4] dan Rizal Ashreff (yang turut berlakon dalam dua filem asal)[4] yang merupakan anak saudara Datuk Yusof Haslam.[5] Menurut Datuk Yusof, penerbitan drama tersebut merupakan permintaan RTM sejak 2009 lagi apabila filem itu telah mendapat sambutan pecah panggung.[5]

"Penerbitan drama ini hasil perkongsian pintar Skop Productions dengan RTM, jadi kami hasilkan drama ini sesuai untuk penonton,"[5]
Yusof Haslam berkata demikian semasa majlis pelancaran Evolusi KL Drift The Series di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional di Kuala Lumpur (FINAS).[5]

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Program Televisyen RTM, Suhaimi Jamelin.[5] Menurut Yusof, kelainan drama itu berbanding filem yang pernah diarahkan oleh Syamsul Yusof ialah ia mempunyai pelbagai genre seperti aksi lasak, kekeluargaan dan konflik percintaan.[5]

Bagaimanapun, barisan pelakon drama berkenaan masih mengekalkan Syamsul sebagai tunjang utama selain pelakon undangan khas seperti Aaron Aziz,[6] Norman Hakim, Puteri Sarah Liyana, Zain Saidin, Ammar Alfian, Zack X-Factor, Rizal, Syafiq, Datuk Jalaludin Hassan, Ridzuan Hashim dan Aida Khalida.[5] Demi merealisasikan beberapa babak agar kelihatan nyata, drama yang menelan kos hampir RM1 juta itu telah mengakibatkan beberapa buah kereta drift rosak.[5]