Sinopsis Evolusi_KL_Drift:_The_Series

Mengisahkan kehidupan remaja yang mencari hala tuju identiti membawa kepada asimilasi rasa yang berupaya menjerumuskan mereka ke dalam perubahan yang ketara diterajui dua watak utama Zack dan Sham, dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam bidang perlumbaan kereta drift. Kelazimannya, bidang perlumbaan kereta drift didominasi oleh golongan maskulin tetapi ia tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopoli itu dan menjadikannya sebagai hobi yang dikira berani dan agresif.

Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Tasha. Perjalanan kehidupan Tasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjerumuskan Tasha ke lembah yang tidak sihat. Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Tasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lahir cinta dalam diri Sham terhadap Tasha. Namun, perasaan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack.

Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl rasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta drift ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya. Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara Zack dan Joe, mereka telah membuat keputusan untuk berlumba kereta yang dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing.