Kerjaya Farah_Nabilah

Farah Nabilah, mesra dengan nama manja Fawa memulakan kerjaya hiburannya pada 2011 sebagai model, namun terhenti buat sementara waktu kerana menyambung pelajarannya dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Universiti Upper Iowa: Program Kampus Malaysia, Universiti SEGi. Empat tahun kemudian, beliau memenangi Program Pencarian Wajah Aurawhite dan sejak itu, beliau menjadi jurucakap produk Aurawhite. Pada tahun terawal kerjayanya, beliau pernah menggunakan nama Fawa sebelum menggunapakai nama lahirnya sebagai nama pentas.[7]

Kerjaya filem Farah bermula dengan menjayakan watak sebagai penyambut tetamu dalam filem arahan A. Razak Mohaideen Mana Mau Lari sebagai penampilan khas.[8]

Namanya mula mendapat perhatian ramai menerusi watak utama sebagai Kathy dalam siri drama Papa Ricky yang dibintangi oleh Fadlan Hazim dan Siti Elizad yang disiarkan di Astro Ria. Farah kemudiannya digandingkan bersama Zul Ariffin menerusi drama waktu perdana Titian Cinta yang disiarkan di Slot Akasia TV3.[9] Gandingan beliau bersama Zul melayakkan Farah menerima pencalonan Pasangan Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 dan memenangi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018.[4]

Beliau berlakon bersama Aliff Aziz dalam drama adaptasi novel karya Mia Kiff, Halalkan Hati Yang Ku Curi, memegang watak sebagai Delisha. Drama ini mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Faiq (Aliff) dan Delisha (Farah), yang amat sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas.[10][11]

Beliau bersama-sama Fikry Ibrahim menjadi penyampai anugerah bagi kategori Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2018 yang berlangsung pada 28 September 2018.[12]

Farah berlakon bersama Fikry dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek, yang diadaptasi dari novel The Misadventures of Cik Reen & Encik Ngok Ngek karya Maya Adira.[13]

Rujukan

WikiPedia: Farah_Nabilah http://www.azhan.co/biodata-fawa-nabila-aktres-can... http://www.citraselebriti.com/artikel/17893/APM-20... http://www.gempak.com/artikel/12346/fall-in-love-w... http://www.astroshaw.com.my/News/details/id/18/man... http://www.utusan.com.my/hiburan/farah-nabilah-ter... http://www.utusan.com.my/hiburan/tuah-jelita-seksi... https://www.facebook.com/FarahNabilah https://www.instagram.com/FarahNabilahOfficial/ https://twitter.com/FarahNabilah https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/...